~ syirah~
~ aki,jiah,ainul,haikal,dan ayah~
~ love ~
mak, ayah dan mak long ( padang indonesia )
~ aki dan syirah~
Ukhwah kerana ALLAH
Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman dana qidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang paling kuat.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta keranaAllah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."
Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa di antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari kiamat, yang tiada lindungan kecuali lindungan-Nya adalah:
"Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.”
Banyak juga hadis yang mengisahkan ukhwah kerana Allah.. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihiwa sallambersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat disuatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membukaidentitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”
Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”
Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di
dalamnya senantiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat, seperti yang dinyatakan oleh al-Hasan rahimahullah.
"Sahabat lebih kami cintai daripada keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia."
nor basyirah romazi (>_<)
No comments:
Post a Comment