السلام عليكم
Buat Anakanda yang dikasihi, mudah-mudahan di rahmati Allah swt, Bagaimana dengan suasana baru di sana ? Alhamdulillah bersyukur terhadap Allah swt kerana telah memilih kamu untuk tinggal di sana, dimana di suatu tempat yang penuh dengan limpah dan rahmat & keberkatan .Rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk memperolehi sebanyak mungkin kebaikan dan pertingkatkan keimanan dengan proses Tarbiyah yang di lalui kesungguhan amat perlu dalam rangka mempertahanakan iman, berperanglah dengan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kita leka & lalai ( seronok dengan kehidupan sementara ini )
Pesanan dari mak sepanjang kutip mutiara Tarbiyah :
1.Jangan sesekali mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri kearah mendapat kebaikan.
2.Berdoalah sentiasa memohon kekuatan & ketenangan untuk memperolehi kasih sayang Allah serta istiqamah di atas jalanNya
3.Solat jemaah jangan tinggal.
4.Pilih sahabat yang solehah .
5.Jaga saksiyah ( Adab dan Akhlak )
6.Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata.
7.Al-Quran baca setiap hari.
8.Al-Ma'thurat wirid pagi dan petang
9.Jaga pandangan.
Akhir bicara, maaf jika ada salah dan silap, yang baik itu datang dari Allah, segala salah dan silap datang dari kelemahan diri emak.
Selamat Berjuang ....Wassalam...
Salam Sayang dari Ayah dan Emak.
Romazi & Munirah
Sungai Petani
Sungai Petani
( 8/1/2007 )
* Alhamdulillah masih terkesan warkah dari emak 4 tahun lalu, pertama kali pijak bumi wakafan Matri kutip mutiara dari murabbi indahnya saat ini...ana yakin ramai akan merasainya moga tiap-tiap yang di perolehi di bumi wakafan menjadi bukti perjuangan Dakwah dan Tarbiyah tidak akan henti-henti..sehingga ia menjadi saksi di akhirat kelak, sebagai saham pertemuan dengan Allah swt sebagai kerja amal soleh.
~ Terima Kasih Emak & Ayah ~ Bersyukur di lahirkan dalam suasana biah solehah moga Allah dapat balas jasa kalian di akhirat kelak...
No comments:
Post a Comment