Saturday, June 4, 2011

~ Warkah dari Bonda ~



السلام عليكم 
 Buat Anakanda yang dikasihi, mudah-mudahan di rahmati Allah swt, Bagaimana dengan suasana baru di sana ? Alhamdulillah bersyukur terhadap Allah swt kerana telah memilih kamu untuk tinggal di sana, dimana di suatu tempat yang penuh dengan limpah dan rahmat & keberkatan .Rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk memperolehi sebanyak mungkin kebaikan dan pertingkatkan keimanan dengan proses Tarbiyah yang di lalui kesungguhan amat perlu dalam rangka mempertahanakan iman, berperanglah dengan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kita leka & lalai ( seronok dengan kehidupan sementara ini ) 
 Pesanan dari mak sepanjang kutip mutiara Tarbiyah :
1.Jangan sesekali mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri kearah mendapat kebaikan.
2.Berdoalah sentiasa memohon kekuatan & ketenangan untuk memperolehi kasih sayang Allah serta istiqamah di atas jalanNya
3.Solat jemaah jangan tinggal.
4.Pilih sahabat yang solehah .
5.Jaga saksiyah ( Adab dan Akhlak )
6.Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata.
7.Al-Quran baca setiap hari.
8.Al-Ma'thurat wirid pagi dan petang 
9.Jaga pandangan.
 Akhir bicara, maaf jika ada salah dan silap, yang baik itu datang dari Allah, segala salah dan silap datang dari kelemahan diri emak.
Selamat Berjuang ....Wassalam...
Salam Sayang dari Ayah dan Emak.
Romazi & Munirah
Sungai Petani
( 8/1/2007 )

* Alhamdulillah masih terkesan warkah dari emak 4 tahun  lalu, pertama kali pijak bumi wakafan Matri kutip mutiara dari murabbi indahnya saat ini...ana yakin ramai akan merasainya moga tiap-tiap yang di perolehi di bumi wakafan menjadi bukti perjuangan Dakwah dan Tarbiyah tidak akan henti-henti..sehingga ia menjadi saksi di akhirat kelak, sebagai saham pertemuan dengan Allah swt  sebagai kerja amal soleh.

~ Terima Kasih Emak & Ayah ~ Bersyukur di lahirkan dalam suasana biah solehah moga Allah dapat balas jasa kalian di akhirat kelak...

Saturday, April 30, 2011

Bingkisan Huraiyah: Berita sebenar kematian adik Saiful Syazani

Bingkisan Huraiyah: Berita sebenar kematian adik Saiful Syazani: "Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termas..."

                                           ~ Ukhuwah kerana Allah ~
~ syirah~
~ aki,jiah,ainul,haikal,dan ayah~
~ love ~
mak, ayah dan mak long ( padang indonesia )
~ aki dan syirah~

                                                             Ukhwah kerana ALLAH

Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman dana qidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang paling kuat.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta keranaAllah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."

Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa di antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari kiamat, yang tiada lindungan kecuali lindungan-Nya adalah:

"Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.”

       Banyak juga hadis yang mengisahkan ukhwah kerana Allah.. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu    Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihiwa sallambersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat disuatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membukaidentitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”
Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”
Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di
           dalamnya senantiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat, seperti yang dinyatakan oleh al-Hasan  rahimahullah.

  "Sahabat lebih kami cintai daripada keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia."

nor basyirah romazi (>_<)


Pelajar malas BELAJAR bagaimana memulihkan semangatnya?

" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih, ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain "
1. Belajar adalah kewajipan.
 Dengan rasa penuh cinta dan kasih sayang, jelaskan kepada pelajar-pelajar bahawa belajar adalah satu kewajipan.Tingkatkan keikhlasan belajar semata-mata kerana Allah.Hilangkan rasa tidak selesa di hati pelajar-pelajar dengan perbanyakkan istghfar, zikir dan selawat. Sebaik mungkin ajarlah solat taubat untuk memulakan azam baru.
2.Gantikan perkataan negatif dengan kata-kata positif .
 Bimbing dan pujuk pelajar-pelajar buang segala perkataan negatif seperti " bosan, susah , benci, malas dan seumpamanya yang sudah lama melekat di dalam hati fikiran dan lisannya.Perkataan-perkataan negatif seperti rasa bosan belajar, boleh melumpuhkan dan mematikan semangat pelajar-pelajar.Sebab mudah putus asa.Gantikan perkataan-perkataan di atas dengan positif " seronok belajar " "InsyaAllah senang"  "suka "
 " rajin "dan seumpamanya untuk memulihkan semangat mereka.
3.Ajar pelajar mengamalkan DOA hilangkan rasa malas.
" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih, ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain "
4.Tawan hati pelajar-pelajar dengan ayat mahabbah.
 Terkandung dalam surah Al-Imran di antara Allah berfirman " Katakanlah jika kamu ( benar-benar ) mencintai Allah ikutlah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu " Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
5.Bina Imaginasi dunia dan akhirat.
 Ibubapa bertanggungjawab membina imaginasi masa depan anak-anak, Selalu bertanya pada mereka nak jadi apa apabila besar nanti.Mereka akan menyebut  hnjadi hendaki menjadi askar, polis, atau mengikut idola pilihannya.Jika anak-anak menyebut hendak menjadi penyanyi atau pelakon, jangan marah. Jelaskan boleh tetapi mesti nyanyi lagu yang membesarkan Allah, Boleh belakon tetapi berlakon jadi orang yang soleh,solehah dan sebagainya.Ingatlah anak-anak semua jawatan yang di perlukan perlukan ilmu, mesti belajar sungguh-sungguh. Hendak dunia, mesti ada ilmu, hendak akhirat mesti ada ilmu.
6.Jadualkan waktu belajar, berehat, solat dan bermain.
 Bermain bukan sekadar apabila ada peluang atau kesempatan, jadikan bermain sebagai rutin harian anak-anak . Kenangan indah zaman kanak-kanak ialah apabila mereka puas bermain. Mereka tidak akan lupa kenangan tersebut, lagipun anak mempunyai kelebihan tenaga yang harus disalurkan melalui aktiviti riadhah yang bermanfaat.
 7.Terima segala kekurangan pelajar.
 Jika pelajar itu dikategorikan dalam kelompok " SLOW LEARNER " memerlukan penjelasan yang berulang-ulang.Kadang kala pelajar tidak mampu memberikan tumpuan dalam tempoh masa yang lama, maka izinkanlah mereka beristirahat seketika, Jangan sekali-kali membandingkannya dengan anak-anak yang lain.
8.Utamakan usaha
 Sentiasa tekankan kepada pelajar bahawa yang penting bukanlah nilai markah atau gred A atau B, Sebaliknya  yang perlu diutamakan adalah pembelajaran itu sendiri, jelaskan kepada mereka Allah swt sentiasa menilai apa yang telah di usahakan, segala kerajinan, kegigihan dan susah payah dilalui, Allah berikan ganjarannya, hasil akhir adalah ketentuan dari Allah swt, perlu serahkan sepenuhnya kepada Allah, Tawakal dan terima segalan-galanya dengan penuh redha.
9.Jalinkan hubungan mesra.
 Jangan korbankan hubungan mesra ibu bapa dengan anak-anak hanya gara-gara masalah belajar, jalinkan hubungan mesra, bersenda gurau dan banyak berdoa semoga Allah buka pintu hati supaya dapat berminat dalam pembelajaran.Sebaiknya doakan penerang hati yang terkandung dalam firman Allah swt :
" Ya Allah, lapangkanlah dadaku mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku " ( Thaha 20 :27 )

" Selamat beramal moga Allah permudahkan "
Ustazah Nor Basyirah Romazi
Sekolah Rendah Ummi ( SeRU )
Alor Setar Kedah ( >-<)
.

Friday, April 29, 2011

BAGAIMANA MENDAPAT KEMANISAN IMAN ??

 
Rasulullah dan pemimpin dakwah kita Nabi Muhammad saw berkata: Wahai saudara-saudara yang beriman kembalilah kepada " manhaj alami " untuk beriman mendapatkan merasai kemanisan iman dan kelazatan islam. Apakah yang dimaksudkan dengan " manhaj alami " ?
 Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah bersabda : Maksudnya : Tiga perkara siapa ada padanya ia kemanisan iman iaitu :
1.Bahawa Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dikasihi dari yang selainnya.
2.Bahawa seseorang itu kasih kepada orang lain tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah.
3.Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kafir sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api.
 Hadis tersebut menunjukkan bahawasanya orang mukmin boleh mendapat kemanisan iman dengan melalui tiga peringkat amalan .
1.Wujudkan kasih sayang tulen untuk Allah dan Rasul
2.Wujudkan persaudaraan yang sebenar dalam jemaah islam.
3.Wujudnya kebencian yang bersungguh-sungguh terhadap dasar yang boleh membawa kekufuran serta menolak pengikut ajaran sesat.
 Kepada Allah kita memohon p.tunjuk jalan dan darinya kami berharap mendapat pertolongan, insyaallah sama-sama kita merasai kemanisan iman dan kelazatan islam =)

~IMAN senjata menghadapi cabaran zaman ~

Ketahuilah sejelas-jelasnya wahai saudaraku yang d.kasihi bahawasanya iman kepada Allah yang maha esa, ketika menguasai diri menetap di hati ia menjadi senjata pertama digunakan oleh orang-orang mukmin untuk menghadapi cabaran hidup dan perdayaan dunia, sama ada orang mukmin itu sedang mempertahankan diri atau sedang menyerang, sama ada sedang diberi kemenangan atau diuji, sama ada sedang menghukum atau kena hukum, sama ada sedang susah atau senang. Maka tanpa IMAN semua senjata sia-sia, semua perpisahan dan bekalan tidak berguna .
Firman Allah swt :" katakanlah tidak akan menimpa kepada kami melainkan perkara yang telah ditentukan oleh Allah, Dialah penguasa ke atas kami dan ke atasNya seluruh orang-orang mukmin wajib bertawakal kepada-Nya" ( Surah Al-Taubah : 51 )
Maka dengan iktikad dan perasaan begini bebaslah orang-orang beriman dari sifat rasa takut,pengecut,dan gelisah.Sebaliknya akan berhias dengan sifat sabar,berani dan mara, dengan keyakinan dan perasaan itu orang mukmin dapat bebas dari sifat haloba terhadap kekayaan dunia dan sangat bersungguh-sungguh mencarinya dan juga membebaskan diri dari kedekut dan bakhil, kemudian berhiaslah dengan sifat dermawan, suka menolong orang dan mengutamakan bantuan kepada orang lain, Bahkan ia merasakan bahagia dengan sifat yang terpuji dan hidup yang ringkas.
Maka dengan iktikad dan perasaan sebegini bebaslah orang-orang mukmin itu belitan hawa dan bisikan nafsu amarah dan dorongan syirtan serta fitnah harta dan perempuan. Kemudian berhiaslah dengan MURAQABAH terhadap Allah serta ikhlas untuknya serta memohon pertolongan daripada-Nya.


~ Selamat menjadi mukmin yang sentiasa mencintai Allah ~

Friday, February 18, 2011

10 Wasiat dari : Hassan Al- Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta - merta walau bagaimana keadaan sekalipun
2. Bacalah Al-Quran, tataplah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan  janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yangbetul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekaqlipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa keran hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau keran aumat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah banyak bercakap lebih nyaring daripada kadar yang di kehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu kebiasaan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat perbadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan memberi kebajikan.
9. Berkenan-kenanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih-sayang
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaslah perlaksanaannya.