Thursday, June 9, 2011

DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA ..


Diantara mukjizat  Rasulullah saw iaitu mengetahui gambaran keadaan manusia di akhir zaman. Rasulullah saw memberi syarat bahawa kelak akan ada dua golongan yang sangat rugi hidupnya, sebab mereka itu tidak dapat dapat masuk syurga, bahkan baunya saja tidak , tidak lain mereka adalah pemimpin yang zalim berbuat sewenang -wenang terhadap manusia dan wanita-wanita tapi telanjang.

~ GOLONGAN PERTAMA, PEMIMPIN YANG ZALIM BERBUAT SEWENANG-WENANG TERHADAP MANUSIA ~
Isyarat Rasulullah saw akan ada pemimpin yang zalim berbuat sewenang -wenang terhadap manusia, kekejaman pemimpin itu di gambarkan dengan orang yang mempunyai cambuk untuk memukul,menyiksa pada hamba-hambayang lemah sampai mengalirkan darah.Mestinya pemimpin itu tidak kejam terhadap yang dipimpin ingat asal mula sebelum menjadi pemimpin dan ingat akan tanggungjawab.
Nabi Muhammad saw bersabda : " Manusia yang paling berat siksanya pada hari kiamat adalah pemimpin yang zalim "
Sebagai seorang pemimpin hendaklah berbuat adil dan meletakkan hukum atau peraturan yang sesuai, menciptakan suasana damai, aman , tenteram dan saling adanya pengertian antara pemimpin  dan rakyat adalah suatu kewajipan bagi seorang pemimpin.
Rasulullah bersabda : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu mencintainya dan mereka mencintai kamu, dan kamu mendoakan pada mereka dan mereka mendoakan pada kamu semua. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu membencinya dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat pada kamu "


~ GOLONGAN KEDUA, WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN  TAPI TELANJANG ~
Isyarat Rasulullah saw menunjukkan bahawa akan ramai wanita berpakaian tapi dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya telanjang. Tidak ada lain sebab mereka itu cara berpakaiannya tidak menutup aurat, tidak sesuai dengan tuntutan islam, hanya menuruti tuntutan zaman . Memakai pakaian tapi lengannya terbuka, atau pehanya terbuka, atau kepalanya tidak tertutup.
Seharusnya wanita itu tidak boleh menampakkan perhiasan kecantikannya kepada orang lain, kecuali :
= kepada suami
= kepada ayah suami
= kepada putra-putra saudaranya
= kepada saudara-saudaranya
= kepada ayah
= kepada putera-puteranya
= kepada suami puteranya
= kepada putera-putera saudara lelaki


* Semoga tiap-tiap peringatan Rasulullah tentang Akhir Zaman moga dijauhkan oleh kita dari azab api neraka, Rasulullah memberi syarat bahawa kelak dua golongan yang sangat rugi hidupnya...dan menghindari secara tepat bagi umat islam adalah kembali kepada IMAN dan TAKWA..insyaallah

RAYUAN CINTA BUAT ISTERIKU...



Isteri Solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh.
Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.
" Puas sudah ku menjaga diri dan mengislahkan jiwa setakat termampu dengan harapan insan biasa di akhir zaman persiskun ini di anugerahkan wanita " Qurratul Ain " penyejuk mata dan hati sebagai peneman setia dalam kembara hidup mencari setitis cinta ilahi "
Perkongsian yang berguna buat bakal isteri dan isteri Qurratul Ain..Keindahan rumahtangga akan beseri jika di mula dengan baik " simpanlah wahai wanita yang belum bergelar isteri sehingga ia menjadi halal bagimu..moga generasi kita akan terbina atas dasar iman dan takwa..janganlah di longgarkanNya
Moga ada manfaat yang tersendiri buat  kita semua mohonlah kepada Allah swt diberi kekuatan untuk menghayati dan mengamalkan ..
Tajuk : Rayuan Cinta Buat Isteriku
Pengarang : Ibn Abdul Azib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-83-7
Mukasurat : 80 Halaman

Sunday, June 5, 2011

~ Cinta Dunia ~

 Di antara penyakit JIWA yang dapat melumpuhkan kekuatan ISLAM adalah " CINTA DUNIA" kerana sudahdi hinggapi penyakit cinta dunia, maka semua usaha dan keinginannya di pusatkan untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata. Semua usahanya diperhitungkan dengan keuntungan dunia, sekalipun usaha itu merugikan orang lain. Lantaran itu semangat perjuangannya makin hari makin menurun, bahkan rasa untuk membela keagunan lSLAM sudah tidak ada lagi. Penyebaran ISLAM sentiasa di ukur dengan material, bila menguntungkan dirinya berjuang dan bila dipandang kurang menguntungkan lebih diam saja. Tidak hanya sekadar CINTA, tetapi sebenarnya sudah rakus dengan dunia. Memang dunia ini manis rasanya, maka ramai manusia yang terperangkap dengan manisan sampai hati didalamnya. Dan ramai manusia yang silau dengan keindahan sampai tidak tahu mana yang halal dan mana yang haram, mana yang baik dan mana yang berbahaya.
Dalam suatu hadis Nabi bersabda : " Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau ( baikdipandang ) dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah ( untuk mengatur )di dalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya pertamanya fitnah yang melanda Bani Israil adalah wanita"
 Apabila umat islam sudah mengagungkan dunia, enggan dengan perjuangan dan tidak lagi berani menganjurkan yang baik serta melarang yang mungkar, maka Allah akan mencabut kebesaran islam dari permukaan bumi ini dan akan mencabut keberkahan wahyu.


" Apabila umatku mengagunkan dunia, maka dicabutlah kehebatan lslam darinya. Dan apabila meninggalkan amal makruf nahi mungkar, maka terdindinglah kebenaran wahyu ( R.Turmizi )

Saturday, June 4, 2011

~ Warkah dari Bonda ~



السلام عليكم 
 Buat Anakanda yang dikasihi, mudah-mudahan di rahmati Allah swt, Bagaimana dengan suasana baru di sana ? Alhamdulillah bersyukur terhadap Allah swt kerana telah memilih kamu untuk tinggal di sana, dimana di suatu tempat yang penuh dengan limpah dan rahmat & keberkatan .Rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk memperolehi sebanyak mungkin kebaikan dan pertingkatkan keimanan dengan proses Tarbiyah yang di lalui kesungguhan amat perlu dalam rangka mempertahanakan iman, berperanglah dengan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kita leka & lalai ( seronok dengan kehidupan sementara ini ) 
 Pesanan dari mak sepanjang kutip mutiara Tarbiyah :
1.Jangan sesekali mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri kearah mendapat kebaikan.
2.Berdoalah sentiasa memohon kekuatan & ketenangan untuk memperolehi kasih sayang Allah serta istiqamah di atas jalanNya
3.Solat jemaah jangan tinggal.
4.Pilih sahabat yang solehah .
5.Jaga saksiyah ( Adab dan Akhlak )
6.Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata.
7.Al-Quran baca setiap hari.
8.Al-Ma'thurat wirid pagi dan petang 
9.Jaga pandangan.
 Akhir bicara, maaf jika ada salah dan silap, yang baik itu datang dari Allah, segala salah dan silap datang dari kelemahan diri emak.
Selamat Berjuang ....Wassalam...
Salam Sayang dari Ayah dan Emak.
Romazi & Munirah
Sungai Petani
( 8/1/2007 )

* Alhamdulillah masih terkesan warkah dari emak 4 tahun  lalu, pertama kali pijak bumi wakafan Matri kutip mutiara dari murabbi indahnya saat ini...ana yakin ramai akan merasainya moga tiap-tiap yang di perolehi di bumi wakafan menjadi bukti perjuangan Dakwah dan Tarbiyah tidak akan henti-henti..sehingga ia menjadi saksi di akhirat kelak, sebagai saham pertemuan dengan Allah swt  sebagai kerja amal soleh.

~ Terima Kasih Emak & Ayah ~ Bersyukur di lahirkan dalam suasana biah solehah moga Allah dapat balas jasa kalian di akhirat kelak...

Saturday, April 30, 2011

Bingkisan Huraiyah: Berita sebenar kematian adik Saiful Syazani

Bingkisan Huraiyah: Berita sebenar kematian adik Saiful Syazani: "Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termas..."

                                           ~ Ukhuwah kerana Allah ~
~ syirah~
~ aki,jiah,ainul,haikal,dan ayah~
~ love ~
mak, ayah dan mak long ( padang indonesia )
~ aki dan syirah~

                                                             Ukhwah kerana ALLAH

Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman dana qidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang paling kuat.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta keranaAllah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."

Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa di antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari kiamat, yang tiada lindungan kecuali lindungan-Nya adalah:

"Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.”

       Banyak juga hadis yang mengisahkan ukhwah kerana Allah.. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu    Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihiwa sallambersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat disuatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membukaidentitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”
Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”
Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di
           dalamnya senantiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat, seperti yang dinyatakan oleh al-Hasan  rahimahullah.

  "Sahabat lebih kami cintai daripada keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia."

nor basyirah romazi (>_<)


Pelajar malas BELAJAR bagaimana memulihkan semangatnya?

" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih, ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain "
1. Belajar adalah kewajipan.
 Dengan rasa penuh cinta dan kasih sayang, jelaskan kepada pelajar-pelajar bahawa belajar adalah satu kewajipan.Tingkatkan keikhlasan belajar semata-mata kerana Allah.Hilangkan rasa tidak selesa di hati pelajar-pelajar dengan perbanyakkan istghfar, zikir dan selawat. Sebaik mungkin ajarlah solat taubat untuk memulakan azam baru.
2.Gantikan perkataan negatif dengan kata-kata positif .
 Bimbing dan pujuk pelajar-pelajar buang segala perkataan negatif seperti " bosan, susah , benci, malas dan seumpamanya yang sudah lama melekat di dalam hati fikiran dan lisannya.Perkataan-perkataan negatif seperti rasa bosan belajar, boleh melumpuhkan dan mematikan semangat pelajar-pelajar.Sebab mudah putus asa.Gantikan perkataan-perkataan di atas dengan positif " seronok belajar " "InsyaAllah senang"  "suka "
 " rajin "dan seumpamanya untuk memulihkan semangat mereka.
3.Ajar pelajar mengamalkan DOA hilangkan rasa malas.
" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih, ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain "
4.Tawan hati pelajar-pelajar dengan ayat mahabbah.
 Terkandung dalam surah Al-Imran di antara Allah berfirman " Katakanlah jika kamu ( benar-benar ) mencintai Allah ikutlah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu " Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
5.Bina Imaginasi dunia dan akhirat.
 Ibubapa bertanggungjawab membina imaginasi masa depan anak-anak, Selalu bertanya pada mereka nak jadi apa apabila besar nanti.Mereka akan menyebut  hnjadi hendaki menjadi askar, polis, atau mengikut idola pilihannya.Jika anak-anak menyebut hendak menjadi penyanyi atau pelakon, jangan marah. Jelaskan boleh tetapi mesti nyanyi lagu yang membesarkan Allah, Boleh belakon tetapi berlakon jadi orang yang soleh,solehah dan sebagainya.Ingatlah anak-anak semua jawatan yang di perlukan perlukan ilmu, mesti belajar sungguh-sungguh. Hendak dunia, mesti ada ilmu, hendak akhirat mesti ada ilmu.
6.Jadualkan waktu belajar, berehat, solat dan bermain.
 Bermain bukan sekadar apabila ada peluang atau kesempatan, jadikan bermain sebagai rutin harian anak-anak . Kenangan indah zaman kanak-kanak ialah apabila mereka puas bermain. Mereka tidak akan lupa kenangan tersebut, lagipun anak mempunyai kelebihan tenaga yang harus disalurkan melalui aktiviti riadhah yang bermanfaat.
 7.Terima segala kekurangan pelajar.
 Jika pelajar itu dikategorikan dalam kelompok " SLOW LEARNER " memerlukan penjelasan yang berulang-ulang.Kadang kala pelajar tidak mampu memberikan tumpuan dalam tempoh masa yang lama, maka izinkanlah mereka beristirahat seketika, Jangan sekali-kali membandingkannya dengan anak-anak yang lain.
8.Utamakan usaha
 Sentiasa tekankan kepada pelajar bahawa yang penting bukanlah nilai markah atau gred A atau B, Sebaliknya  yang perlu diutamakan adalah pembelajaran itu sendiri, jelaskan kepada mereka Allah swt sentiasa menilai apa yang telah di usahakan, segala kerajinan, kegigihan dan susah payah dilalui, Allah berikan ganjarannya, hasil akhir adalah ketentuan dari Allah swt, perlu serahkan sepenuhnya kepada Allah, Tawakal dan terima segalan-galanya dengan penuh redha.
9.Jalinkan hubungan mesra.
 Jangan korbankan hubungan mesra ibu bapa dengan anak-anak hanya gara-gara masalah belajar, jalinkan hubungan mesra, bersenda gurau dan banyak berdoa semoga Allah buka pintu hati supaya dapat berminat dalam pembelajaran.Sebaiknya doakan penerang hati yang terkandung dalam firman Allah swt :
" Ya Allah, lapangkanlah dadaku mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku " ( Thaha 20 :27 )

" Selamat beramal moga Allah permudahkan "
Ustazah Nor Basyirah Romazi
Sekolah Rendah Ummi ( SeRU )
Alor Setar Kedah ( >-<)
.