Friday, February 18, 2011

10 Wasiat dari : Hassan Al- Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta - merta walau bagaimana keadaan sekalipun
2. Bacalah Al-Quran, tataplah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan  janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yangbetul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekaqlipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa keran hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau keran aumat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah banyak bercakap lebih nyaring daripada kadar yang di kehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu kebiasaan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat perbadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan memberi kebajikan.
9. Berkenan-kenanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih-sayang
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaslah perlaksanaannya.

Thursday, February 17, 2011

IMAN ADALAH KEHIDUPAN

  Orang-orang yang sengsara dalam semua segi adalah mereka yang perbendaharaan keimanan dan tabung keyakinannya telah kosong, Selamanya mereka berada dalam kesedihan, kehinaan dan kemurkaan ALLAH swt. Firman Allah swt " Dan barangsiapa yang paling dari peringatan-ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit " ( Taha:124 )
 Adapun yang dapat membahagiakan jiwa, membersihkannya, menyucikannya, membuatnya tenang dan menghilangkan kegundahan di dalamnya hanya iman kepada ALLAH swt, kehidupan akan terasa hambar tanpa iman.
 Bagi orang-orang yang membangkang terhadap ALLAH swt maka kehidupan merupakan merupakan tekanan, kegelapan dan bencana.Alangkah sengsaranya hidup yang tidak berlandaskan keimanan.Betapa kemurkaan ALLAH swt menimpa orang-orang yang keluar dari manhaj ( sistem ) ALLAH swt di bumi.
 ALLAH swt berfirman : " Dan,(begitu pula) kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya ( Al-Quran ) pada permulaannya, dan kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat sesat" ( Al-An'am :110 )
 Kehidupan yang baik ( hayatan thayyibah ) adalah keteguhan jiwa untuk memegang janji Tuhan mereka, keteguhan hati untuk mencintai Zat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpang, bersifat tegar dalm menghadapi segala keyataan, sikap menerima pada saat berlakunya ketentuan, keredhaan mereka apabila qada' dan qadar.Mereka redha kepada ALLAH swt sebagai Rabb mereka, kepada islam sebagai agama mereka dan kepada Muhammad saw sebagai nabi dan rasul mereka. Oleh itu janganlah sesorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya...

Monday, February 14, 2011

Nikmatnya istiQarah berMusyaWarah denganMu Ya Allah

Lengkapnya engkau sefikrah bersamaku..
Doaku buatmu..
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan ilmuMu pilihan yang paling tepat, aku memohon kekuatan kepada-Mu dengan kemaha kuasaan-Mu, aku memohon KaruniaMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah yang mengetahui perkara ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku (dunia dan akhirat) maka tetapkanlah dan mudahkanlah. Sesungguhnya apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatknya terhadap diriku (dunia dan akhirat) maka jauhkanlah perkara ini dariku dan jauhkan dariku darinya. Tetepkanlah kebaikan untukku di mana pun aku berada, dan jadikanlah diriku ridha menerima.
Rasulullah saw. bersabda,
Setelah melakukan shalat istiqarah, apabila shalatnya dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan, diharapkan akan memunculkan kecenderungan dan kemantapan hati. Dengan landasan itulah keputusan akhir ditetapkan, mudah-mudahan itulah pilihan barakah, pilihan yang membawa kita dan keluarga kita nantinya ke dalam Jannah Allah kelak.
Yakinlah, ketika kita melibatkan Allah didalamnya, apapun hasilnya, pasti adalah yang terbaik bagi kita, dan Allah pasti ridha kepada kita.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang artinya :
"Tidak akakn kecewa orang yang ( mengerjakan solat ) istiqarah, dan tidak akan menyesal orang yang suka bermusyawarah serta tidak akan melarat orang yang suka berhemat 
( sederhana ) ( HR Imam Thabrani )
~ MOga ia terBaik buatku ~




Satu Cinta_muhasabah


"Sesungguhnya hati yang mencintai Allah swt adalah hati yang beruntung. Ini kerana semua yang dilakukan atas nama CINTA itu akan mendatangkan kebaikkan yang melimpah dan keuntungan yang tiada tara sama ada di dunia atau akhirat. Dengan CINTA ilahi itu hati akan tenang dan damai dalam mengharungi kehidupan. Ramai orang yang tersalah meletakkan CINTA hingga apa yang dilakukan dan dikorbankan untuknya tidak dihargai. Amat malang lagi jika telah jatuh kepada syirik dan melakukan dosa yang mungkin tidak diampunkan oleh Allah swt. Semoga Allah swt meletakkan kita dalam golongan orang yang benar - benar mencintai-Nya dan orang - orang yang diredhai dan dicintai-Nya..

Tinta peNulis.(>_<)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik alam semesta, Selawat serta salam ku pohonkan buatmu Nabi Muhammad S.a.w , sesungguhnya kenikmatan yang paling besar , paling sempurna dan abadi yang diberikan oleh Allah S.w.t kepada manusia ialah Nikmat Iman dan Nikmat Islam..
Semoga Allah anugerahkan kita hati yang hidup buat kita dengan cahayaNya hingga kita pulang kepadaNya, ini merupakan buah keimanan yang paling tinggi darjatnya bagi orang mukmin. Sabda Rasulullah s.a.w : Sungguh unik perkara orang mukmin itu, Semua perkaranya adalah baik, Jika mendapat kebaikkan dia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikkan baginya, Dan jika ditimpa musibah dia bersabar, maka itu juga sebuah kebaikkan bagiNya..Dan ini hanya akan terjadi pada orang MUKMIN..untungnya..wahai jiwa-jiwa yang hidup dengan keiManan.dan Ketakwaan..