Sunday, January 29, 2012

CINTA SELAYAKNYA BUAT KU


" Ya Allah engkau peliharalah diriku dan dirinya sehingga ia halal bagiku dan baginya "

Alhamdulillah...masih dikurniakan nafas dari Allah s.w.t untuk berubudiah kepadanya..terima kasih atas nikmatmu yang banyak buat diriku..pujian segalanya pada pencipta buat hambanya tidak pernah henti sehingga hari ini, cinta adalah kurnia Allah. Bahkan Allah menciptakan alam semesta ini kerana cintanya, belajar mencintai pemilik yang layak dicintainya..


Sebagai seorang anak remaja mungkin kita juga tidak terlepas mencintai apa yang kita inginkan mungkin kita ingin mencintai seseorang dalam hidup kita bukan?? tiada orang yang tiada perasaan " ingin mencintai " begitu lumrah manusia dilahirkan dan diciptakan bernafsu dan berperasaan, tetapi biarlah cinta itu disalurkan dengan betul dan halal..dan disukai oleh Allah s.w.t.


Banyak kemungkaran yang kita dapat lihat melalui media massa seperti drama-drama cinta yang melalaikan merosakan pemikiran remja dan ramai anak remaja tidak segan silu menceritakan tentang kisah si dia didalam laman pesawang seperti facebook, twitter, blogger dan sebagainya kata-kata manis indah yang mungkin kita lakarkan bukan yang halal bagi kita tiada maknanya simpanlah kata-kata indah itu kepada yang selayaknya kerana ia akan menjadi contoh untuk pembinaan masa depan, seandainya ia longgar sekarang, bagaimana ia akan kukuh di masa depan.

Apabila keinginan untuk membina baitul muslim sudah tiba masanya ..maka piliharalah diri dari maksiat yang merosakkan hati dan perasaan, kita mempunyai pilihan pasangan yang kita inginkan " lelaki jahat dan perempuan yang jahat " dan " lelaki baik dan perempuan yang baik " ...
jika lelaki baik ia tidak akan merosakan wanita yang ia sukai, apabila lelaki itu sudah berkenan risik lah dengan apa yang telah diajarkan oleh islam..jadi sebagai seorang perempuan apabila sudah dirisik perlu kita ketahui tentang dirinya bukanlah mengujinya sebab itulah Rasulullah s.a.w sendiri taaruf  tetapi yang dibenarkan oleh syarak selagi lelaki atau  wanita boleh mengunakan orang tengah seperti keluarga insyaallah mungkin lebih terjaga.

Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam hidup lebih baik jika kita berinteraksi dengan pencipta yang selayaknya beristikarahlah kepadanya terlebih dahulu, mohon keputusan yang terbaik bukan kerana hawa nafsu terpaksa dan sebagainya, jika dia adalah yang terbaik, jangan berhenti berdoa dan terus berdoa supaya Allah mempermudahkan jalan.insyaallah ia maha mendengar

Pertunangan merupakan sebahagian proses pembinaan baitul muslim dan mengikat diantara 2 keluarga. Ia adalah sunnah yang dituntut dalam Islam, dengan berlangsungnya pertunangan maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri lelaki dan wanita tersebut untuk mengenali antara 1 sama lain, dalam kadar yang dibenarkan oleh syarak dan pelu pelihara kerana fitrah lebih banyak menjadi fitnah.Ketika ikatan berdoalah supaya tiada ujian yang mengoyahkan pasangan tersebut terlalu banyak bisikan syitan seperti salah faham, tiada keserasian, saling mencari kelemahan pasangan tersebut dan sebagainya kerana syitan sangat benci kepada anak adam yang ingin mendirikan rumah tangga kerana maksiat akan berkurangan.

Berdoalah supaya Allah kuatkan ketika ikatan tersebut mungkin akan timbul perasaan hendak disayangi dan dicintai sentiasa inginkan kata-kata cinta dari pasangan, ingin membalas mesej indah-indah, ingin bertemu untuk sekadar suka-suka  dan sebagainya katakan " Tidak Allah sedang melihat saya " biarlah dia menjadi imam yang terbaik buat saya, pujuk hati, sabarlah Allah tidak akan sia-siakan bercintalah selepas berkahwin mungkin itu yang paling indah lafazkan kata cinta pada yang halal bagi kita.

Suami dan isteri adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul, jangan bazirkan cinta kepada manusia yang bukan halal bagi kita, yang tiada penghujungnya semoga Allah mempermudahkan semua perancangan yang kita hajatkan ...teruskan berdoa supaya Allah hindarkan dari fitnah tersebut dan mempermudahkan proses baitul muslim ini.

Dan apabila anda ingin mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah, apabila anda menemui cinta, tanya pada diri sendiri kenapa anda ingin mencintainya? Apakah kaitan dengan cinta dengan akhirat anda ?

Biarlah ungkapan CINTA itu pada yang selayaknya ia adalah anugerah terbesar buat kita.

wallahu'alam...


Sumber :
Seseorang yang pernah berkongsi tentang persediaan baitulmuslim dengan ana ..


Lafaz Sakinah