Subhanallah ...Maha suci Allah yang mentadbir seluruh kehidupan kita. dari saat kita terjaga..berurusan sehinggalah akhirnya kita kembali terlantar tidur..Dari awal kehidupan sehingga pula kita sampai ke penghujung hidup kita.. Maha Suci Allah swt...yang menguruskan setiap inci usia kita....Alhamdulillah ana berkesempatan melawat ustaz ketika berada di hospital ..tak dapat menahan air mata ..ana dapat merasakan seruan ustaz untuk pemuda pemudi sudah tiba masaNya Perjuangan Ustaz Dahlan tak pernah henti-henti..memori bersama ustaz ketika di khassah tak pernah dilupakan ..catatan masih di simpan sebagai rujukan..Ana ingat satu kisah berlaku didalam kelas ketika sedang kawan2 seperjuangan memberikan sepenuhnya tumpuan dalam pelajaran tiba-tiba ustaz mendiamkan diri buat seketika kami tak dapat menahan kesedihan apabila melihat ustaz sedang menahan kesakitan..Makin hari ustaz makin kurus, mulut pecah, dan sebagainya TAPI masih mampu mencurahkan ilmu kepada kami..masih mampu berkongsi dengan anak didiknya...Tiap-tiap kali sebelum bermulanya kelas ana dan sahibah2 dapat menyediakan air untuk ustaz..indahNya ketika ini dapat berkhidmat untuk ustaz... terlalu banyak peribadi ustaz perlu kita cOntohi. .. Dalam hal-hal tarbiah, Al-fadhil ustaz merupakan seorang yang sungguh berlemah lembut dan sabar. Antara kehebatannya, beliau sangat berhikmah. Pernah dulu dalam suatu peristiwa besar yang berlaku, Allah uji kesetiaan anggota-anggotanya, Al-fadhil ustaz tidak sedikit pun merasa takut, cemas atau terancam akan berkurangnya anggota jamaah, bahkan beliau berpandangan...sesiapa yang ingin keluar dan pergi dari jamaah ini, dia tidak akan menghalang, tetapi sesiapa yang ingin terus setia bersamanya, kita akan teruskan dakwah ini bersama-sama....Maka sebahagian kecilnya keluar kerana sedikit ujian itu melunturkan keyakinan mereka, terhadap kepimpinan ustaz, namun..masih ramai yang kekal setia disisinya..subhanallah....dari usaha-usaha mereka akhirnya hari ini melahirkan ratusan aktivis dakwah..bahkan ribuan anak-anak generasi baru yang sedang menanti sentuhan proses dakwah dan tarbiah itu....samada didalam atau luar negara. kata-kata Al-Fadhil Ustaz dalam satu penyampaiannya.." Hari ini, bila melihatkan sahabat-sahabat yang datang dari jauh untuk sama-sama kita berkumpul, menampakkan kesetiaan..ada yang ana kira tidak kurang daripada 30 tahun, 20 tahun...tetapi masih beriltizam dengan dakwah dan tarbiah. Ada yang mula dengan rambut hitam, janggut hitam, sekarang dah jadi putih. Jadi alhamdulillah..satu kesetiaan dan kita pohon pada Allah swt supaya teruskan kita setia dengan islam dan setia dengan organisasi untuk membawa kita beribadah semata-mata pada Allah swt dalam semua kegiatan hidup kita..moga2 kita terus beriltizam dengan kerja-kerja islam.."Kamu Adalah sebaik-baik ummah yang bawakan kepada manusia, kamu menyuruh kebaikan, kamu melarang kerosakan dan kamu beriman kepada Allah SWT , - Ali Imran 110
sahabat-sahibah yang lain seluruh malaysia telah berduyun-duyun membasahi bumi mata ayer perlis...untuk menziarahi jenazah ustaz buat kali terakhir....
sahabat-sahibah yang lain seluruh malaysia telah berduyun-duyun membasahi bumi mata ayer perlis...untuk menziarahi jenazah ustaz buat kali terakhir....
~ PERJALANAN SEORANG PENDAKWAH ~
SEMOGA KAMI DAPAT MENERUSKAN JIHAD DAKWAH TARBIYAH...USTAZ PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH HENTI-HENTI SEHINGGA DIBAWA PULANG BERTEMU RABBMU.... Perjuangan kita adalah perjuangan yang dimulai oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan akan terus disambung sampai hari qiamat oleh mu’min yang terakhir di bumi ini. Oleh kerana itu kita hendaklah kenal bahawa perjuangan kita (perjuangan Islam) walaupun bilangan kita kecil tetapi sebenarnya kita adalah merupakan satu kelompok yang besar yang dihantar Allah Subhanhu Wa Ta’ala ke dunia ini. Kita adalah penyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini. Oleh itu, yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan makhluk di bumi ini yang boleh
menghalang dan menyekat perkembangan dan penerusan perjuangan Islam..