Friday, April 29, 2011

BAGAIMANA MENDAPAT KEMANISAN IMAN ??

 
Rasulullah dan pemimpin dakwah kita Nabi Muhammad saw berkata: Wahai saudara-saudara yang beriman kembalilah kepada " manhaj alami " untuk beriman mendapatkan merasai kemanisan iman dan kelazatan islam. Apakah yang dimaksudkan dengan " manhaj alami " ?
 Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah bersabda : Maksudnya : Tiga perkara siapa ada padanya ia kemanisan iman iaitu :
1.Bahawa Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dikasihi dari yang selainnya.
2.Bahawa seseorang itu kasih kepada orang lain tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah.
3.Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kafir sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api.
 Hadis tersebut menunjukkan bahawasanya orang mukmin boleh mendapat kemanisan iman dengan melalui tiga peringkat amalan .
1.Wujudkan kasih sayang tulen untuk Allah dan Rasul
2.Wujudkan persaudaraan yang sebenar dalam jemaah islam.
3.Wujudnya kebencian yang bersungguh-sungguh terhadap dasar yang boleh membawa kekufuran serta menolak pengikut ajaran sesat.
 Kepada Allah kita memohon p.tunjuk jalan dan darinya kami berharap mendapat pertolongan, insyaallah sama-sama kita merasai kemanisan iman dan kelazatan islam =)

~IMAN senjata menghadapi cabaran zaman ~

Ketahuilah sejelas-jelasnya wahai saudaraku yang d.kasihi bahawasanya iman kepada Allah yang maha esa, ketika menguasai diri menetap di hati ia menjadi senjata pertama digunakan oleh orang-orang mukmin untuk menghadapi cabaran hidup dan perdayaan dunia, sama ada orang mukmin itu sedang mempertahankan diri atau sedang menyerang, sama ada sedang diberi kemenangan atau diuji, sama ada sedang menghukum atau kena hukum, sama ada sedang susah atau senang. Maka tanpa IMAN semua senjata sia-sia, semua perpisahan dan bekalan tidak berguna .
Firman Allah swt :" katakanlah tidak akan menimpa kepada kami melainkan perkara yang telah ditentukan oleh Allah, Dialah penguasa ke atas kami dan ke atasNya seluruh orang-orang mukmin wajib bertawakal kepada-Nya" ( Surah Al-Taubah : 51 )
Maka dengan iktikad dan perasaan begini bebaslah orang-orang beriman dari sifat rasa takut,pengecut,dan gelisah.Sebaliknya akan berhias dengan sifat sabar,berani dan mara, dengan keyakinan dan perasaan itu orang mukmin dapat bebas dari sifat haloba terhadap kekayaan dunia dan sangat bersungguh-sungguh mencarinya dan juga membebaskan diri dari kedekut dan bakhil, kemudian berhiaslah dengan sifat dermawan, suka menolong orang dan mengutamakan bantuan kepada orang lain, Bahkan ia merasakan bahagia dengan sifat yang terpuji dan hidup yang ringkas.
Maka dengan iktikad dan perasaan sebegini bebaslah orang-orang mukmin itu belitan hawa dan bisikan nafsu amarah dan dorongan syirtan serta fitnah harta dan perempuan. Kemudian berhiaslah dengan MURAQABAH terhadap Allah serta ikhlas untuknya serta memohon pertolongan daripada-Nya.


~ Selamat menjadi mukmin yang sentiasa mencintai Allah ~