1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta - merta walau bagaimana keadaan sekalipun
2. Bacalah Al-Quran, tataplah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yangbetul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekaqlipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa keran hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau keran aumat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah banyak bercakap lebih nyaring daripada kadar yang di kehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu kebiasaan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat perbadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan memberi kebajikan.
9. Berkenan-kenanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih-sayang
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaslah perlaksanaannya.