Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi...ini adalah kerana orang yang terlalu kerap tidur ...terutamanya pada waktu siang akan melemahakan SEMANGAT untuk BERJAYA untuk BERKERJA dan AMAL IBADAT....
Ulama terkemuka berkata : Kehidupan manusia sehari - hari hendaklah dibahagikan kepada 3, iaitu 8 jam untuk beribadat, dan taat kepada Allah ...8 jam untuk istirehat dan tidur..
Jika seseorang itu tidur mulai 10.00 malam hingga 8.00 pagi keesokannya dan disambung 1.00 tengahari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam ...Jika dia tidak terjaga sepanjang tempoh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat SUBUH dan ZOHOR.
Syitan ketawa melihat kita...jauhnya kita dri rahmat Allah Taala
Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik...JANGANLAH kita terlalu menyusahkan diri hingga tidak lekang dari sejadah ..berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambung dari tengah malam hingga ke subuh..
Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak...
Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan ALLAH juga dianggap tercela ...sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hukum dan tegahan dalam lslam menyebabkan seseorang tidak takut membuat MAKSIAT dan KEJAHATAN ....
DIRIWAYATKAN oleh Al-BUKHARI
" Dan adalah ibn ' Umar radiyallahu 'anh berkata :Jika engkau berada di waktu petang ..maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang..Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau "
Buatlah 5 perkara sebelum 5 perkara :
Peluang masa engkau MUDA sebelum TUA
Masa engkau SIHAT sebelum SAKIT
Masa engkau KAYA sebelum PAPA
Masa engkau LAPANG sebelum SIBUK
Masa engkau masih HIDUP sebelum MATI
..khas buat peringatan diri..
...bersiap sedia dengan kematian....
" Sabda Rasulullah : Pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa engkau"
" Sabda Rasulullah : Pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa engkau"
No comments:
Post a Comment