1. Mulakan setiap perbuatan kita dengan Bismillah.
2. Doa adalah satu ibadah
3. Menuntut ilmu adalah wajib.
4. Membaca Al-Quran amalan mulia.
5. Bersyukur kepada Allah swt.
1. Mulakan Setiap Perbuatan kita Dengan Bismillah.
Rasulullah saw mengajar kita supaya memulakan setiap perbuatan dengan bismillah.
Kita hendaklah sentiasa membaca bismillah untuk setiap perbuatan yang kita lakukan, contohnya seperti sebelum makan, keluar rumah, pergi bermain membaca buku, dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda : Setiap perbuatan yang tidak dimulakan dengan "bismillah" maka terputus berkatnya ( Riwayat Abu Daud )
2. Doa adalah satu ibadah.
Rasulullah saw mengajar kita supaya selalu berdoa, setiap perbuatan yang hendak lakukan kita perlu memulakan dengan berdoa, kita akan mendapat keberkatan dan dipermudahakan oleh Allah swt.
Rasulullah saw : "bArangsiapa yang tidak mahu berdoa kepada Allah nescaya Allah akan murka kepada
( Riwayat Tirmidzhi )
3. Menuntut Ilmu Adalah Wajib.
Rasulullah saw menyuruh kita menuntut ilmu, Ilmu pengetahuan dapat menolong kita, Ilmu pengetahuan yang paling utama adalah mengenal Agama kita, iaitu islam, apabila kita berilmu maka kita akan menjadi orang yang berguna.
Muawiyah ( r.a ) telah bersabda :
" Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah membuat ia pandai dalam hal keagamaan "
4. Membaca Al-Quran Amalan Mulia.
Rasulullah saw mengajar kita supaya membaca Al-Quran, Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama, Al-Quran adalah panduan di dalam hidup kita, kita akan mendapat petunjuk daripada Allah apabila kita membaca Al-Quran.
" Orang yang mahir Al-Quran, kelak ia akan mendapat balasan syurga bersama-sama dengan Rasul-rasul yang mulia dan orang yang membaca Al-Quran, Tetapi yang tidak mahir membacanya, merangkak-rangkak dan belum lancar pembacaannya akan mendapat dua pahala " ( Riwayat Bukhari, Muslim )
5. Bersyukur kepada Allah swt.
Allah swt telah memberikan berbagai nikmat Kepada Allah swt memberi kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap dan bermacam-macam lagi kurniaan yang tidak terkira banyaknya.
Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan hendaklah ia mengingati-Nya, siapa yang mengingati -nya dianggap bersyukur. ( Riwayat At-Tabrani )
SElaMat BeRamal Sama- sama kita Cari Redha Allah ...Tambah Pahala =)
Tidak ada pilihan yang lain kecuali meletakkan keCintaan hanya kepada Rabbku..Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu” QS 65:3.
Thursday, June 9, 2011
DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA ..
Diantara mukjizat Rasulullah saw iaitu mengetahui gambaran keadaan manusia di akhir zaman. Rasulullah saw memberi syarat bahawa kelak akan ada dua golongan yang sangat rugi hidupnya, sebab mereka itu tidak dapat dapat masuk syurga, bahkan baunya saja tidak , tidak lain mereka adalah pemimpin yang zalim berbuat sewenang -wenang terhadap manusia dan wanita-wanita tapi telanjang.
~ GOLONGAN PERTAMA, PEMIMPIN YANG ZALIM BERBUAT SEWENANG-WENANG TERHADAP MANUSIA ~
Isyarat Rasulullah saw akan ada pemimpin yang zalim berbuat sewenang -wenang terhadap manusia, kekejaman pemimpin itu di gambarkan dengan orang yang mempunyai cambuk untuk memukul,menyiksa pada hamba-hambayang lemah sampai mengalirkan darah.Mestinya pemimpin itu tidak kejam terhadap yang dipimpin ingat asal mula sebelum menjadi pemimpin dan ingat akan tanggungjawab.
Nabi Muhammad saw bersabda : " Manusia yang paling berat siksanya pada hari kiamat adalah pemimpin yang zalim "
Sebagai seorang pemimpin hendaklah berbuat adil dan meletakkan hukum atau peraturan yang sesuai, menciptakan suasana damai, aman , tenteram dan saling adanya pengertian antara pemimpin dan rakyat adalah suatu kewajipan bagi seorang pemimpin.
Rasulullah bersabda : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu mencintainya dan mereka mencintai kamu, dan kamu mendoakan pada mereka dan mereka mendoakan pada kamu semua. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu membencinya dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat pada kamu "
~ GOLONGAN KEDUA, WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN TAPI TELANJANG ~
Isyarat Rasulullah saw menunjukkan bahawa akan ramai wanita berpakaian tapi dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya telanjang. Tidak ada lain sebab mereka itu cara berpakaiannya tidak menutup aurat, tidak sesuai dengan tuntutan islam, hanya menuruti tuntutan zaman . Memakai pakaian tapi lengannya terbuka, atau pehanya terbuka, atau kepalanya tidak tertutup.
Seharusnya wanita itu tidak boleh menampakkan perhiasan kecantikannya kepada orang lain, kecuali :
= kepada suami
= kepada ayah suami
= kepada putra-putra saudaranya
= kepada saudara-saudaranya
= kepada ayah
= kepada putera-puteranya
= kepada suami puteranya
= kepada putera-putera saudara lelaki
* Semoga tiap-tiap peringatan Rasulullah tentang Akhir Zaman moga dijauhkan oleh kita dari azab api neraka, Rasulullah memberi syarat bahawa kelak dua golongan yang sangat rugi hidupnya...dan menghindari secara tepat bagi umat islam adalah kembali kepada IMAN dan TAKWA..insyaallah
RAYUAN CINTA BUAT ISTERIKU...
Isteri Solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh.
Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.
" Puas sudah ku menjaga diri dan mengislahkan jiwa setakat termampu dengan harapan insan biasa di akhir zaman persiskun ini di anugerahkan wanita " Qurratul Ain " penyejuk mata dan hati sebagai peneman setia dalam kembara hidup mencari setitis cinta ilahi "
Perkongsian yang berguna buat bakal isteri dan isteri Qurratul Ain..Keindahan rumahtangga akan beseri jika di mula dengan baik " simpanlah wahai wanita yang belum bergelar isteri sehingga ia menjadi halal bagimu..moga generasi kita akan terbina atas dasar iman dan takwa..janganlah di longgarkanNya
Moga ada manfaat yang tersendiri buat kita semua mohonlah kepada Allah swt diberi kekuatan untuk menghayati dan mengamalkan ..
Tajuk : Rayuan Cinta Buat Isteriku
Pengarang : Ibn Abdul Azib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-83-7
Mukasurat : 80 Halaman
Pengarang : Ibn Abdul Azib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-83-7
Mukasurat : 80 Halaman
Subscribe to:
Posts (Atom)