Tuesday, November 15, 2011

PROMOSI KEM MINDA KREATIF




Alhamdulillah ...Ana dan sahibah - sahibah di bumi sudan hanya mampu berdoa dari jauh moga Allah permudahkan kalian dalam menggerakkan kerja-kerja islam..Insyaallah ana yakin dengan janji-janji Allah pada kita, Jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan bantu agama kita, .makin ramai yang mempunyai kesedaran walaupun halangan cabaran semakin mencabar...lihat anak remaja masa sekarang makin rosak makin hilang arah tujuan..namun ada insan yang tidak tidur dengan nyeyak memikirkan tentang program pembangunan insan untuk menjadikan pemuda - pemudi seorang yang hebat, beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t..
kata iman hassan Al - banna : " Jika kita ingin melihat pemimpin masa kini lihatlah pemuda-pemudi masa sekarang..
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga,menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan,menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham

Pemuda - Pemudi 

kadangkala,
Kita malu melihat pemuda-pemudi Islam hari ini,
Tiada segan silu menyepit sepuntung rokok di jari,
Tak kira putera mahupun puteri.

Kadangkala,
Kita sedih dengan gejala sosial remaja,
dadah menjadi tempat menenangkan jiwa,
rempit,rogol dan ragut menjadi racun kehidupan remaja

Kadangkala,
Kita terfikir mengapa mudah remaja
mengalirkan air mata kerana
hiburan semata-semata
sedangkan alangkah indahnya
andai air mata itu mengalir kerana
perjuangan yang tiada sia-sia.

Kadangkala,
Kita sendiri tertanya-tanya
masihkah ada pemuda
seperti ashabul kahfi???
mungkin masih ada tapi,
sukar di cari....

"Perkara ini (agama Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembusi malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik gedung maupun gubuk melainkan melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran"
(HR Ibnu Hibban)

Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat da'wah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang?
Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran ,perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul,bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat (westoxciation), mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Di bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Di bidang budaya menyebarkan westernisme yang berintikan amoralisme jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh. Di bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran- ajaran Islam tentang pakaian , makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai pikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islam di masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?

Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan dipikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahun? Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.

Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegakkan kembali hukum Allah di muka bumi ini.
Insyaallah mudah-mudahan kita tajdidkan niat kita dalam melaksanakan kerja Dakwah dan Tarbiyah
buatlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t..bukan kerana nilaian manusia..selamat menjalankan program..moga objektif kalian tercapai untuk menjadikan remaja dinamik dan kehidupan yang fantastik

Wallahua'lam


 ~ PROMOSI KEM MINDA KREATIF ~


Kem Minda Kreatif (KMK) Perak
Tarikh: Jumaat-Ahad, 25-27 November 2011
Yuran: RM 90.00 sahaja
Tempat: Lereng Adventure Camp & Resort, Ulu Chepor, Perak
Peserta: 12-18 thn

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sdr Yusuf Razali: +6012 460 2580
Sdr Al-Wafi: +013 978 2475


Kem Minda Kreatif (KMK) Kelantan
Tarikh: Sabtu-Isnin, 26-28 November 2011
Yuran: RM 70.00 sahaja
Tempat: Sri Aur Village, Kg. Aur Telong, Bachok, Kel.
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ustaz Adnan: +6012 960 3997
Cg. Mahmud Jaaffar +019 983 8748

En. Rabbani Abu Abdullah Mujahid: +6019 750 7710



Kem Minda Kreatif (KMK) Perlis
Tarikh: Sabtu-Isnin, 19-21 November 2011
Yuran: RM 50.00 sahaja
Tempat: Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer, Perlis
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Cg. Ghazali Saad: +012 512 6546

Sdri Nailah Kadir: +6013 602 1017


Kem Minda Kreatif (KMK) Pulau Pinang
Tarikh: Isnin-Rabu, 28-30 November 2011
Yuran: RM 80.00 sahaja
Tempat: Pusat Latihan Kokurikulum (PUKALOPP), Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Peserta: 12-18 thn

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En. Kamal Abdullah: +013 482 0141
Sdr Suhaib Shapiee: +6013 418 5265


Kem Minda Kreatif (KMK) Kedah
Tarikh: Jumaat-Ahad, 25-27 November 2011
Yuran: RM 60.00 sahaja
Tempat: Kem Bendang Man, Sik, Kedah
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
[] Alor Setar / Kubang Pasu / Yan / Pendang
Cikgu Zamri Mat: +013 451 4345
[] Sg. Petani / Baling / Kulim
Sdr Abu Ubaidah: +6013 628 4940



Kem Minda Kreatif (KMK) KL / Selangor
Tarikh: Sabtu-Isnin, 26-28 November 2011
Yuran: RM 100.00 sahaja
Tempat: Asli Adventure Base Camp, Hulu Langat, Selangor
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
[] Bangi
En. Ruzi Mohd Juri: +019 258 7400
[] Putrajaya
Ust Khair: +6013 257 5830
[] Rawang
Tn. Hj. Ahmad Fisal: +018 325 1861
[] Shah Alam
Hasbullah: +6012 218 0865
[] Kuala Lumpur
En. Sabarudin Mat Kari: +012 399 0386
En. Roslan: +013 376 7082




Kem Minda Kreatif (KMK) Johor
Tarikh: Jumaat-Ahad, 25-27 November 2011
Yuran:
- Pengangkutan sendiri: RM 50.00
- Bas Disediakan: RM60.00

Tempat: Hutan Lipur Gunung Pulai II
Peserta: 12-18 thn

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sdr Abbas +6013 730 7907
Sdr Ahmad 'Akif: +012 785 7748
Sdri Hafsah: +013 378 0487


* Alhamdulillah kami di sudan telah mempromosikan kepada pelajar - pelajar di sini untuk maklumat kepada keluarga mereka di malaysia..Alhamdulillah ada yang berminat menghantar ahli keluarga mereka ke KMK..
Moga Allah permudahkan kalian yang menjayakannya insyaallah.




Salam perantauan dari kami :
Nur khalida Osman, Nur Dalila Zainal Abidin, Zahidah Zahraa Osman, 
Nur Izzah Husna Romazi Dan Nor Basyirah Romazi