Thursday, November 24, 2011

DEBONAIRS PIZZA - AHLI BAIT TAKWA SAKENAH

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah ....dapat juga akhirnya makan DEBONAIRS PIZZA sudan asyik dok sebut saja lapar teringin nak makan macam-macam musim sejuk ni, bukannya MALAS nak masak tapi saja tukar angin sikit ..keluar2 makan di luar bukannya selalu ..tunggu cuti  baru  boleh berkumpul  bersama... itulah yang di katakan rezeki Allah yg tidak di sangka - sangka..Akhirnya terancanglah 1 program makan apabila izah una romazi  mengeluarkan suara :
" Jom kita pi makan pizza kami belanja " semangat ahli bait sakenah lepas sembahyang maghrib terus b.siap cari amjad sebenarnya pantang  dengar orang nak belanja  ni =) laju di buatnya, t.kasih sangat2 kepada izah dan ahli bait takwa sakenah yang menambah utk belanja makan, sampai berebut2 nak bayar..pemurahnya kalian ni..=) pizza kt sini kena pandai pilih..boleh tahan sedap juga ....Khaleeda Azizan yang b.siap nak balik daqiliah ( asrama ) pun tak jadi teruja mendengarnya peluang keemasan ni ..ikut sekali..Tapi kesian kat k.khaleeda dan zahidah tak dapat bersama di sebabkan masalah yang tak dapat di elakkan oleh mereka berdua adik beradik, ahli bait takwa sakenah apa-apa pun kami tak pernah lupa pada kalian b.dua..
Syukran : pada izah una, k.dalila , jannah dan khaleeda...
atas ukhuwah kalian..moga Allah sentiasa merahmati kita bersama ..

DEBONAIRS PIZZA 
Maaf dah edit tapi dok t.balik juga =)


No 6  meja makan " Ahli Bait "



Buku Menu " Pizza"



" Semuanya sedap "
x tau nak pilih yg mana 1


dan lagi p.kerja arab mintak nak tolong tangkapkn gambar kami..
terima kasih p.arab ada juga gambar kami b.5..

Aktiviti senaman tangan sementara menanti makanan sampai..=)
siapakah empunya tangan ni ??? =D


Cepat2 pilih izah nk belanja 


Ana dan k.dalila


" Ana nk yg ni...anti nak yang mana ??? "
Jannah lapaq dh ni =)

~ chicken wings ~ 

 ~ pizza ~

 ~ French fries ~

besiap sedia utk makan

~ macam2 ragam kami ketika lapaq ~
sapa pun x mau layan kamera..pakat2 tunduk kepala menikmati kelazatan PIZZA sudan

Ana

khaleeda

izah

jannah

susu coklat 

tinggal 2 lagi..

1 lagi... selalu akan guna dialog " cepat2 sapa ambik dapat suami soleh "
berebut2 bila dengar



moyah ( Al-mak )

Akhirnya inilah hasilnya 





" Alhamdulillah kenyang lah sudah akhirnya..b.siap sedia cari amjad untuk pulang.."

REZEKI KITA TERBUKA LUAS




Rezeki ada di mana-mana, seperti kata perpatah, ulat dalam batu pun boleh memberi makan, apa lagi manusia yang mendiami bumi yang dipenuhi tumbuhan, udara dan air.

Iman Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya bagaimana dia mendapat rezeki dengan masuk ke dalam gua yang tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimana Allah s.w.t  memberi makan kepadanya.

Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jalan dan apabila hujan turun, mereka berteduh di dalam gua, seorang daripada mereka bertanya : " siapa engkau hai hamba Allah ???? " Soalan itu tidak dijawab, rakannya tanya lagi " mungkin kamu lapar " mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Iman Zahid ketawa sambil berkata: " Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah s.w.t memberi rezeki kepada hambanya di mana sahaja berada dan bagaimana keadaannya "

Sebuah lagi cerita mengenai Ibrahim Adhan sehingga dia bertaubat, Kisahnya berlaku apabila ia penat sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar burung gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang, Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikut burung hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan ..Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya... " Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari, dengan demikian tahulah saya bahawa Allah s.w.t tidak akan meninggalkan hambanya kelaparan " Katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah s.w.t dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk kota makkah dan bersyukur kepada Allah s.w.t.

Doa seribu dinar :
" Dan siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya dan Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka ( Tidak dijangkakan ) Dan sesiapa yang beserah ( bertawakal ) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminan-Nya ( dicukupkan keperluannya oleh Allah ) Sesungguhnya Allah menjadikan bagi taip-tiap sesuatu itu ada ukuran Nya.."


Firman Allah s.w.t  ..Surah Al-Syura Ayat 27 :
" Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambanya nescaya mereka akan melampaui batas di bumi ( dengan perbuatan-perbuatan liar durjana ) akan tetapi Allah menurunkan ( rezekinya itu ) menurut kadar yang tentu sebagaimana yang dikehendakinya, sesungguhnya ia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambanya ..lagi melihat dengan nyata "

Firman Allah s.w.t ..Surah Al-Dzuriat Ayat 57 :
" Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, Dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaku "