Thursday, November 24, 2011

REZEKI KITA TERBUKA LUAS




Rezeki ada di mana-mana, seperti kata perpatah, ulat dalam batu pun boleh memberi makan, apa lagi manusia yang mendiami bumi yang dipenuhi tumbuhan, udara dan air.

Iman Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya bagaimana dia mendapat rezeki dengan masuk ke dalam gua yang tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimana Allah s.w.t  memberi makan kepadanya.

Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jalan dan apabila hujan turun, mereka berteduh di dalam gua, seorang daripada mereka bertanya : " siapa engkau hai hamba Allah ???? " Soalan itu tidak dijawab, rakannya tanya lagi " mungkin kamu lapar " mereka kemudian membuka makanan, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dengan menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Iman Zahid ketawa sambil berkata: " Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah s.w.t memberi rezeki kepada hambanya di mana sahaja berada dan bagaimana keadaannya "

Sebuah lagi cerita mengenai Ibrahim Adhan sehingga dia bertaubat, Kisahnya berlaku apabila ia penat sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar burung gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang, Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikut burung hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan ..Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya... " Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari, dengan demikian tahulah saya bahawa Allah s.w.t tidak akan meninggalkan hambanya kelaparan " Katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah s.w.t dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk kota makkah dan bersyukur kepada Allah s.w.t.

Doa seribu dinar :
" Dan siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya dan Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka ( Tidak dijangkakan ) Dan sesiapa yang beserah ( bertawakal ) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminan-Nya ( dicukupkan keperluannya oleh Allah ) Sesungguhnya Allah menjadikan bagi taip-tiap sesuatu itu ada ukuran Nya.."


Firman Allah s.w.t  ..Surah Al-Syura Ayat 27 :
" Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambanya nescaya mereka akan melampaui batas di bumi ( dengan perbuatan-perbuatan liar durjana ) akan tetapi Allah menurunkan ( rezekinya itu ) menurut kadar yang tentu sebagaimana yang dikehendakinya, sesungguhnya ia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambanya ..lagi melihat dengan nyata "

Firman Allah s.w.t ..Surah Al-Dzuriat Ayat 57 :
" Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, Dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaku "

No comments:

Post a Comment