Bukti pengaruh ini ialah adanya keinginan yang tinggi pada keindahan perhiasan, kekayaan, kesejahteraan dan rasa kagum terhadap diri sendiri. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, pada satu hari Qarun dan pengikut-pengikutnya yang kaya raya telah mengenakan pakaian mewah dan berhias untuk menunjukkan kekayaannya. Ketika dalam perjalanan ramai manusia yang mrlihat dan mengagumi mereka. Namun manusia yang menyaksiakan pemandangan itu terbahagi kepada 2 golongan.
- Golongan Pertama ialah merka yang menetapkan dalam hati akan kesan dari pemandangan yang indah itu hingga terkeluar dari mulut mereka keinginan menjadi seperti Qarun dan memiliki harta yang banyak.
- Golongan Kedua ialah mereka tidak terpengaruh oleh pemandangan itu bukan tidak memberi kesan tetapi kerana adanya iman yang kukuh di hati. Mata iman tidak hanya memandangan kepada yang lahir tetapi dapat menembus kepada batin ...golongan ini mengetahui bahawa adanya nilai yang lebih tinggi dari pemandangan yang cantik iaitu redha dan pahala dari Allah S.W.T.
Sebenarnya manusia dapat manfaat dari keindahan hanya berupa kelazatan memandangan, mendengar, mencium atau kelazatan akal dan tidak lain dari itu. Gambar yang indah dicintai kerana keindahannya semata-mata dan mengetahui keindahan ialah kelazatan.Orang dan kesudahan dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan dengan melihat pemandangan air mengalir dan tumbuhan yang menghijau bukan untuk mengambil manfaat selain dari memandang.
Dari sini nampak jelas bahawa keindahan adalah berdiri sendiri dan tidak berkaitan langsung dengan manfaat . Di sisi lain manfaat berdiri dengan sendiri. Ini bererti bahawa manfaat dan keindahan boleh adabersama-sama atau secara berasingan.
Oleh itu janganlah kita terlalu terpesona kepada keindahan lahiriah yang palsu hingga melupakan keindahan batin yang lebih sempurna.
No comments:
Post a Comment