Tuesday, November 15, 2011

PROMOSI KEM MINDA KREATIF




Alhamdulillah ...Ana dan sahibah - sahibah di bumi sudan hanya mampu berdoa dari jauh moga Allah permudahkan kalian dalam menggerakkan kerja-kerja islam..Insyaallah ana yakin dengan janji-janji Allah pada kita, Jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan bantu agama kita, .makin ramai yang mempunyai kesedaran walaupun halangan cabaran semakin mencabar...lihat anak remaja masa sekarang makin rosak makin hilang arah tujuan..namun ada insan yang tidak tidur dengan nyeyak memikirkan tentang program pembangunan insan untuk menjadikan pemuda - pemudi seorang yang hebat, beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t..
kata iman hassan Al - banna : " Jika kita ingin melihat pemimpin masa kini lihatlah pemuda-pemudi masa sekarang..
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga,menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan,menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham

Pemuda - Pemudi 

kadangkala,
Kita malu melihat pemuda-pemudi Islam hari ini,
Tiada segan silu menyepit sepuntung rokok di jari,
Tak kira putera mahupun puteri.

Kadangkala,
Kita sedih dengan gejala sosial remaja,
dadah menjadi tempat menenangkan jiwa,
rempit,rogol dan ragut menjadi racun kehidupan remaja

Kadangkala,
Kita terfikir mengapa mudah remaja
mengalirkan air mata kerana
hiburan semata-semata
sedangkan alangkah indahnya
andai air mata itu mengalir kerana
perjuangan yang tiada sia-sia.

Kadangkala,
Kita sendiri tertanya-tanya
masihkah ada pemuda
seperti ashabul kahfi???
mungkin masih ada tapi,
sukar di cari....

"Perkara ini (agama Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembusi malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik gedung maupun gubuk melainkan melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran"
(HR Ibnu Hibban)

Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat da'wah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang?
Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran ,perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul,bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat (westoxciation), mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Di bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Di bidang budaya menyebarkan westernisme yang berintikan amoralisme jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh. Di bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran- ajaran Islam tentang pakaian , makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai pikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islam di masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?

Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan dipikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahun? Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.

Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegakkan kembali hukum Allah di muka bumi ini.
Insyaallah mudah-mudahan kita tajdidkan niat kita dalam melaksanakan kerja Dakwah dan Tarbiyah
buatlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t..bukan kerana nilaian manusia..selamat menjalankan program..moga objektif kalian tercapai untuk menjadikan remaja dinamik dan kehidupan yang fantastik

Wallahua'lam


 ~ PROMOSI KEM MINDA KREATIF ~


Kem Minda Kreatif (KMK) Perak
Tarikh: Jumaat-Ahad, 25-27 November 2011
Yuran: RM 90.00 sahaja
Tempat: Lereng Adventure Camp & Resort, Ulu Chepor, Perak
Peserta: 12-18 thn

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sdr Yusuf Razali: +6012 460 2580
Sdr Al-Wafi: +013 978 2475


Kem Minda Kreatif (KMK) Kelantan
Tarikh: Sabtu-Isnin, 26-28 November 2011
Yuran: RM 70.00 sahaja
Tempat: Sri Aur Village, Kg. Aur Telong, Bachok, Kel.
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ustaz Adnan: +6012 960 3997
Cg. Mahmud Jaaffar +019 983 8748

En. Rabbani Abu Abdullah Mujahid: +6019 750 7710



Kem Minda Kreatif (KMK) Perlis
Tarikh: Sabtu-Isnin, 19-21 November 2011
Yuran: RM 50.00 sahaja
Tempat: Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer, Perlis
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Cg. Ghazali Saad: +012 512 6546

Sdri Nailah Kadir: +6013 602 1017


Kem Minda Kreatif (KMK) Pulau Pinang
Tarikh: Isnin-Rabu, 28-30 November 2011
Yuran: RM 80.00 sahaja
Tempat: Pusat Latihan Kokurikulum (PUKALOPP), Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Peserta: 12-18 thn

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En. Kamal Abdullah: +013 482 0141
Sdr Suhaib Shapiee: +6013 418 5265


Kem Minda Kreatif (KMK) Kedah
Tarikh: Jumaat-Ahad, 25-27 November 2011
Yuran: RM 60.00 sahaja
Tempat: Kem Bendang Man, Sik, Kedah
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
[] Alor Setar / Kubang Pasu / Yan / Pendang
Cikgu Zamri Mat: +013 451 4345
[] Sg. Petani / Baling / Kulim
Sdr Abu Ubaidah: +6013 628 4940



Kem Minda Kreatif (KMK) KL / Selangor
Tarikh: Sabtu-Isnin, 26-28 November 2011
Yuran: RM 100.00 sahaja
Tempat: Asli Adventure Base Camp, Hulu Langat, Selangor
Peserta: 12-18 thn 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
[] Bangi
En. Ruzi Mohd Juri: +019 258 7400
[] Putrajaya
Ust Khair: +6013 257 5830
[] Rawang
Tn. Hj. Ahmad Fisal: +018 325 1861
[] Shah Alam
Hasbullah: +6012 218 0865
[] Kuala Lumpur
En. Sabarudin Mat Kari: +012 399 0386
En. Roslan: +013 376 7082




Kem Minda Kreatif (KMK) Johor
Tarikh: Jumaat-Ahad, 25-27 November 2011
Yuran:
- Pengangkutan sendiri: RM 50.00
- Bas Disediakan: RM60.00

Tempat: Hutan Lipur Gunung Pulai II
Peserta: 12-18 thn

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sdr Abbas +6013 730 7907
Sdr Ahmad 'Akif: +012 785 7748
Sdri Hafsah: +013 378 0487


* Alhamdulillah kami di sudan telah mempromosikan kepada pelajar - pelajar di sini untuk maklumat kepada keluarga mereka di malaysia..Alhamdulillah ada yang berminat menghantar ahli keluarga mereka ke KMK..
Moga Allah permudahkan kalian yang menjayakannya insyaallah.




Salam perantauan dari kami :
Nur khalida Osman, Nur Dalila Zainal Abidin, Zahidah Zahraa Osman, 
Nur Izzah Husna Romazi Dan Nor Basyirah Romazi

Tuesday, November 8, 2011

RASULULLAH S.A.W SENTIASA MEMIKIRKAN UMATNYA...


Menurut satu riwayat ..wafatnya Rasulullah s.a.w disebabkan oleh sakit kepala yg dialami selama 18 tahun pada bulan Safar, Allah s.w.t kemudian memerintahkan Malaikat Maut mencabut roh Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kelembutan dan kehalusan..Perintah Allah kepada Malaikat itu " Kalau dia mengizinkanmu memasuki rumahnya, maka masuklah, tetapi jika dia tidak mengizinkan, maka kembalilah. "

Malaikat maut kemudian segera menemui Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk seperti orang arab badawi ..malaikat kemudian mengetuk pintu sambil memberi salam dan meminta izin masuk, tetapi Fatimah tidak membenarkannya masuk kerana Rasulullah s.a.w sedang sakit tenat.

Rasulullah yang mendengar ketukan itu bersabda " Tahukah engkau siapa dia ?? " TIDAK " jawab fatimah  " Dia adalah malaikat maut " yang akan datang mencabut segala macam kelazatan dan kenikmatan serta nafsu syahwat..Dialah yang akan memisahkan antara kita " jawab baginda ..Fatimah kemudian menangis .." Masuklah wahai malaikat maut " perintah Rasulullah s.a.w sewaktu malaikat masuk, Rasulullah bersabda " Engkau datang pengunjung atau keperluan mencabut Rohku " tanya Rasulullah...

" Malaikat menjawab  "  Untuk kedua-duanya sekali jika Rasulullah mengizinkan, tetapi jika tuan tidak mengizinkan, sekarang aku akan keluar " 
Tidak lama kemudian Jibril pun turun dan duduk di sebelah Rasulullah dan Rasulullah bersabda : " Tidakkah kamu tahu bahawa ajalku sudah hampir tiba ..kerana itu tolong bagi tahu pahala dan kemuliaan yang Allah sediakan bagiku sisiNya..
" Semua pintu langit telah terbuka dan malaikat telah berbaris menunggu kedatanganmu, demikian juga pintu syurga " jawab jibril a.s..
Rasulullah bertanya : " Bagaimanakah keadaan Umatku. "
" Percayalah kepadaku bahawa Allah s.w.t telah melarang semua Nabi - nabi dan umatnya masuk ke syurga sebelum kamu dan umatmu memasukinya " jelas Jibril lagi.

Doa Memohon untuk Perbaiki Duniawi dan Ukhrowi :
" Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi penolak dan pemeliharaan urusanku..Dan perbaikilah urusan duniawiku yang menjadi arena kehidupanku, Dan perbaikilah urusann akhiratku yang menjadi tujuanku kembali ..Dan jadikanlah kehidupanku sebagai peningkatan dalam segala kebaikan ..Dan jadilah kematianku, sebagai cara menghilangkan kepenatan ku dari semua kejahatan

Firman Allah s.w.t ..Surah An - Nisa ayat 80 :
" Sesiapa yang taat kepada Rasulullah s.a.w maka sesungguhnya ia taat kepada Allah s.w.t, Dan sesiapa yang paling ingkar, maka ( janganlah engkau berdukacita Wahai Muhammad ) kerana kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)


* Syukur kerana Allah kerana limpah anugerah dan kasih sayang- Nya, kita dapat menikmati nikmat islam mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan.. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini..
 ~ Berusaha untuk menjadi kekasih Allah..peneman di dalam syurga bersama Rasulullah ~

Monday, November 7, 2011

ALLAH TOLAK ALASAN 4 GOLONGAN

 

Berkata Al-Faqih Abu Laits : " Kelak pada hari Kiamat ada 4 golongan manusia yang datang, lalu masing-masing mengemukakan alasan mengapa tidak beribadat kepada Allah s.w.t  TETAPI alasan mereka x diterima....

pertama : " ORANG KAYA "...Dia mengemukakan alasan : " Sesungguhnya aku adalah orang kaya ..aku adalah orang kaya ..aku sibuk menguruskan hak-hak hartaku sehingga aku tidak sempat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t ..Maka Allah berfirman : " Sesungguhnya Sulaiman adalah raja di seluruh Timur dan Barat tetapi dia tidak pernah derhaka kepada Tuhannya.." Jadi alasanmu tidak di terima " mereka di campakkan ke dalam neraka ....

kedua : " ORANG MISKIN "  Dia beralasankan dengan kemiskinannya tetapi Allah membandingkan  dengan Nabi Isa a.s...

ketiga : " HAMBA SAHAYA " Dia beralasankan untuk melayan tuannya tetapi Allah membandingkan dengan Nabi Yusuf a.s.

keempat : " ORANG SAKIT " Dia beralasankan dengan penyakitnya tetapi Allah membandingkan dengan Nabi Ayub a.s...

Ada pula dikatakan bahawa Allah s.w.t berhujah dengan 4 golongan manusia pada hari kiamat ....

Terhadap orang kaya , Allah berhujah dengan peribadi Nabi Sulaiman a.s. Orang kaya berkata : Tuhanku, dulu aku adalah orang kaya. kekayaan itu membuat aku sibuk sehingga tidak sempat mengabdikan kepadamu.
Allah s.w.t berfirman : Kamu belum sekaya Sulaiman tetapi, kekayaan tidak menghalang nabi itu mengabdi diri kepadaku.
Hamba sahaya pula berkata : Tuhanku, saya dahulu seorang hamba dan diperbudakkan hingga menghalagiku daripada mengabdikan diri kepadamu "
Maka Allah s.w.t berfirman " Sesungguhnya Yusuf  tidak sampai terhalang diperbudakkan terhadap dirinya dari pengabdiannya kepadaku "
Kemudian orang melarat berkata : " Tuhanku, sesungguhnya keadaan ku menghalangku mengabdikan diri kepadamu.
Maka Allah s.w.t  berfirman " Benarkah kamu lebih melarat daripada Isa ?? kemelaratan Isa tidak menghalangnya daripada mengabdikan kepadaku "
Jadi di hari kiamat kelak tiada seorang pun yang ada alasan di sisi Allah s.w.t, mengapa mereka tidak dapat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w : " Manusia paling pintar ialah yang banyak mengingati mati dan yang paling hebat persediaan untuk menghadapinya, mereka itulah yang paling pintar, mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan Dunia dan Akhirat "

Doa memohon keselamatan Dunia dan Akhirat
" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu akan keampunan dan kesihatan pada agama , dunia dan akhirat "

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nahl..Ayat 84-85
" Dan ( ingatkanlah kpd mereka yg musyrik tentang ) hari kami bangitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi 
( Rasul ) kemudian tidak dizinkan bagi orang-orang kafir ( memberi sebarang alasan ) dan mereka pula tidak diminta memohon keredhaan Allah

" Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman ( dengan kekufurannya ) itu melihat azab, maka pada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh "
Orang Kaya


 Gambar hiasan
ORANG KAYA
Gambar hiasan
HAMBA SAHAYA
                                                          

















Gambar hiasan
ORANG MISKIN

Gambar hiasan
ORANG SAKIT


 ~ moga kita tidak MUFLIS dunia dan akhirat  ~

DIALOG ANTARA SYAITAN DENGAN NABI MUSA A.S.....


Di bawah ini diturunkan 2 petikan Dialog menarik antara Nabi Musa a.s dengan syaitan yang menunjukkan bagaimana syaitan dedahkan caranya memerangkap dan memperdayakan manusia...
Menurut riwayat Abdul Rahman Ziyad, sewaktu Nabi Musa a.s ...sedang duduk tiba-tiba datang syaitan dengan memakai tutup kepala berwarna-warni..setelah menghampiri Nabi Musa a.s ..syaitan membuka tutup kepala itu...

Syaitan : " Assalamualaikum wahai Musa "
Nabi Musa : Waalaikumusalam, siapa engkau ??? "
Syaitan : " Aku ini syaitan "
Nabi Musa :" Jika begitu, Semoga Allah tidak menghidupkan engkau,Apakah tujuan kau datang menemuiku ? "
Syaitan : " Kedatanganku adalah untuk memberi salam kepadamu " melihat kedudukanmu dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
Nabi Musa : " Apakah yang engkau pakai untuk menutup kepala ???"
Syaitan : " Dengan ini aku akan menangkap dan menawan segala hati manusia "
Nabi Musa : " Kalau begitu apa yang engkau lakukan kepada manusia hingga engkau dapat memperdayakan mereka ???""
Syaitan : " Apabila manusia merasai terpesona terhadap dirinya, manusia berasa banyak AMALAN BAIKNYA hingga lupakan DOSANYA ...Aku ingin memperingatkan engkau terhadap 3 perkara :

PERTAMA : Jangan sesekali engkau bersendirian dengan seseorang perempuan yang tidak halal bagimu ..Di kala itu aku akan menjadikan sahabatnya sehingga janganlah sekali-kali engkau berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikkan aku akan FITNAH dia dengan perempuan itu..

KEDUA : Janganlah engkau berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikkan atau meninggalkan kejahatan yang hendak dilakukan kerana sesungguhnya tidaklah seseorang itu berjanji kepada Allah melainkan aku menjadi sahabatnya sehingga aku menghalanginya.

KETIGA : Janganlah sekali-kali engkau berjanji mengeluarkan sedekah kerana sesungguhnya tidaklah seseorang lelaki hendak mengeluarkan sedekah dan hendaklah melaksanakannya melainkan aku menjadi sahabatnya sehingga aku menghalangi antaranya dan antara mengeluarkannya...

Bebas dari SYAITAN ...anda pasti boleh mengubahnya

Dengan itu ketahuilah Nabi Musa apa yang manusia harus berhati - hati ...
1. Jika seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya, maka syaitan akan menjadi orang yang k-3 untuk menfitnah agar keduanya melakukan perbuatan hina dan curang.
2. Jika seorang itu kepada Allah s.w.t akan melakukan kebaikan, maka syaitan akan menghalaginya agar janjinya tidak ditepati.
3. Jika seorang berjanji hendak mengeluarkan sedekah maka syaitan akan menghalanginya berbuat demikian.


Jauh ZINA

* Kesombongan syaitan kian ketara ...masih menunjukkan keangkuhannya..TAPI kenapa masih ramai yang mengikutinya...syaitan tidak akan duduk diam selagi ia tidak dapat menyesatkan manusia..Ayuh bangun ..buka mata buatlah sesuatu pada diri kita..supaya sentiasa melakukan perubahan...

" Ya Tuhanku, berkenanlah kiranya ENGKAU memberi keampunan kepadaku, dan dua tuaku, dan orang yang beriman yang memasuki rumahku, serta orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ..Sesungguhnya tiadalah ENGKAU menambahkan kepada orang-orang yang zalim, melainkan kebinasaan belaka "


Janji Allah itu PASTI..lelaki baik untuk perempuan yang baik...Allah tidak akan sesekali sia-siakn kita..insyaallah sama-sama akan merasai NIKMAT nya..baitul Muslim di atas keredhaanNya.


Saturday, November 5, 2011

BELAJAR DARI SEORANG WANITA KEKASIH ALLAH



~ PERSEDIAAN SEORANG ISTERI ~

Diriwayatkan bahawa Salman Al-Farsi berkata :
Pada satu hari datanglah Fatimah ke rumah Rasulullah s.a.w dengan wajah yang pucat dan air mata berlinang 

Maka Rasulullah s.a.w bertanya : " Mengapa anakku ???""
Fatimah menjawab : " Terjadilah semalam antara SAYA dan ALI ketika bergurau dan bercakap-cakap, tiba-tiba ada kata - kata yang terkeluar dari mulutku yang membuatkan DIA marah kata-kataku.....

Setelah aku mengetahui Ali marah kepadaku..aku menyesal dan sedih maka aku merayu dan aku mengelilingi sampai 72 putaran sampai kelihatan dia REDA padaku dan terkulum senyum di bibirnya dengan ramah ...
" Aku takut kepada Tuhanku "

Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya " Wahai anakku, demi yang telah mengutusku dengan hak sebagai Nabi , sesungguhnya andaikata engkau mati sebelum Ali reda kepadamu...maka aku tidak akan SOLAT  untukmu "

Kemudian Baginda bersabda lagi :

" Hai anakku, apakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredaan SUAMI adalah keredhaan Allah , dan marahnya suami juga marah Allah ...

" Wahai anakku, perempuan mana pun yang beribadat seperti ibadatnya " Maryam binti Imran " tetapi tidak diredhai oleh suaminya, tidak akan diterima ibadatnya oleh Allah s.w.t..."

" Hai anakku ! Sebaik-baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya dan sesudah itu tidak ada yang lebih afdal bagi wanita daripada duduk menenun dan menjahit "

" Hai anakku sejam duduk menjahit adalah lebih baik bagi wanita daripada beribadat setahun dan Allah akan mencatat bagi mereka pahala seorang syahid untuk setiap jenis pakaian ditenun dan dijahit "

" Hai anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suaminya dan anak - anaknya akan masuk syurga dan diberi Allah s.w.t kota di syurga sebanyak bilangan tiap orang yang memakai pakaian daripada hasil kerjanya "



" Ya Allah kami ! Berilah kami isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan Jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang bertaqwa "




 * Moga Allah kuatkan persediaan kita sebagai seorang ISTERI...ganjaran berlipat kali ganda..betapa mulianya kedudukan seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya WANITA yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak..Rugi dan binasalah suami - suami yang tidak menghargai ISTERI  mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak ...=)
Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yg bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, kata-kata manja yang menggoda yg boleh meruntuhkan iman..Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu..cuma keperibadiaannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..Jika kau tetapkan ia atas jalan yang d.redhaiNya..si dia turut di jalan yang sama..

 ~ Berbahagialah yang mengharapkan menjadi isteri yang SOLEHAH =) 


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar ...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA =)



Alhamdulillah, esok bersamaan 10 Zulhijjah, kita umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Aidil Adha yang disebut juga sebagai hari Raya Haji atau hari Raya Korban. Aidil Adha merupakan antara hari kebesaran Islam. Pada hari itu, umat Islam akan mengagungkan Allah s. w. t. dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melakukan ibadah korban untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu. Umat yang menyembah Tuhan yang satu.

Umat yang mengikut syariat Nabi yang satu iaitu Muhammad s. a. w. Umat yang mengadap satu Kiblat. Sujud kepada Tuhan yang satu. Umat yang bersatu menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. Umat yang berkumpul di padang Arafah dan Mina untuk melakukan ibadah Haji di tempat yang satu. Sesungguhnya tiada umat lain di atas muka bumi ini yang mempunyai kesatuan dengan berpandukan syariat yang indah seperti ini. Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 103:


وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ


Bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".

Sudah sewajarnya kita melahirkan rasa syukur kita kepada Allah s. w. t. dengan melaksanakan konsep ini, iaitu konsep kesatuan. Kita tidak mampu berpecah-belah. Kita tidak mampu membiarkan anasir fanatik terhadap sesuatu fahaman, mazhab atau pendapat, untuk memecah-belahkan kita. Kita tidak boleh membiarkan Syaitan membisikkan di telinga kita bahawa fahaman kita yang baik sedangkan fahaman atau pendapat saudara kita yang lain salah semuanya. Kita perlu bersatu untuk menjadi kuat, kerana denagan kekuatan umatnya sahajalah Islam akan tertegak kukuh di bumi Allah.

Sebenarnya, Aidil Adha juga membawa bersamanya mesej persamaan dan keadilan sejagat. Agama Islam adalah agama yang tidak memandang pada status seseorang, sama ada kaya atau miskin, cantik atau sebaliknya, pandai atau lemah. Semua manusia adalah sama pada pandangan Allah s. w. t. Hanya takwa sahaja yang membezakan antara seseorang dengan yang lain pada pandangan Allah. Ini telah diingatkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ  أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

          Bermaksud: "Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu   berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang    paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal". 

Konsep kesamaan ini amat penting dalam Islam untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat. Ia terlalu penting sehinggakan Rasulullah s. a. w. mengingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada', atau khutbah perpisahan beliau di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Rasulullah bersabda dalam khutbah tersebut yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang berkulit putih kemerahan juga tidak ada kelebihan atas orang orang yang berkulit hitam, dan begitu juga sebaliknya, kecuali dengan taqwa.

Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa".Aidiladha juga, mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusahabersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelehmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s. Begitu juga kekuatan iman Nabi Ismail a.s. yang sedia menerima perintah sekalipun dirinya sebagai taruhan. Pengorbanan dan kesabaran seperti ini yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa kita agar kita berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan dunia ini, dalam kita melaksanakan segala perintah Allah s.w.t.

Jelasnya pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar di sebalik Aidiladha ialah peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan umah dalam masyarakat di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan. Allahuakbar, Allahuakbar, Allah
uakbar Walillahil Hamd


Disediakan Oleh: Ustaz Haji Mohd. Nawi Bin Haji Ismail