Monday, January 30, 2012

BERJALAN SAMBIL MENIKMATI, TOKMIAH - KHUBZ

Alhamdulillah....selepas akhir saja kelas di jami'ah Africa pada kol 5.30 ptg, biasanya ana dan jannah akan jalan untuk balik ke rumah dari jami'ah ke arkawit, memang suka sangat berjalan dari naik kenderaan beroda 3 reksya  :) ......sepanjang jalan ana suka melihat biah penduduk-penduduk sudan yang macam-macam karenah.

Dari situ ana belajar erti penderitaan dan kesusahan mereka. mereka juga manusia biasa seperti kita inginkan kebahagiaan, kesenangan, pendidikan dan sebagainya .....siapa pun tidak mahu melihat darah daging sendiri kelaparan meminta simpati dari orang lain...walaupun ada yang kaya raya, majoriti umat islam rata-rata miskin dan hampir merempat hidup menderita, tidak hairanlah jika anak-anak mudah terpengaruh dengan dakyah songsang dan keganasan bukan sahaja di sudan malah negara islam yang lain juga menghadapi masalah yang sama.

Masih ada dikalangan kita  yang menutup mata rapat tidak mahu melihat penderitaan mereka dan inilah yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak mereka ialah pemimpin negara dan orang kaya yang zalim tapi alhamdulillah masih ada sebahagian dermawan yang setia menghulurkan bantuan kepada fakir  miskin ...moga ganjarannya Allah saja yang mampu membalas..menjadi pemimpin bukanlah tanggungjawab yang mudah bukan saja untuk semua manusia dan semua makhluk di atas muka bumi bahkan tanggungjawab juga di hadapan Allah, namun mengapa jawatan pemimpin tetap menjadi rebutan?sepatutnya kita bersyukur dan berundur kalau ada orang yang lebih baik untuk di jadikan pemimpin, umpama kita di cabar terjun kedalam laut untuk menangkap jerung, tentu kita tak sanggup bukan? begitulah hakikat untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya lebih susah dari menangkap jerung di laut.

Contoh  pemimpin yang terbaik ana ingin kongsikan seorang khalifah Umar Abdul Aziz, dan ketika beliau di lantik sebagai khalifah beliau berpesan " kalau saya melakukan perbuatan yang bertentang dengan kebenaran, tinggalkan jangan ikut dan tetaplah dengan berpegang teguh dengan kebenaran itu saja "
apabila dilantik menjadi khalifah semua hartanya di wakafkan menjadi milik negara ...hebatnya seorang pemimpin bernama Umar Abdul Aziz...semoga ianya menjadi contoh pada semua pemimpin negara yang memegang amanah yang dipertanggungjawabkan diakhirat nanti.

Alhamdulillah ramai penduduk sudan majoritinya melakukan perkerjaan mulia dan dijadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah  iaitu mengembala dan berniaga, mereka juga menjual makanan, ana dan jannah tidak melepaskan peluang untuk membeli tokmiah dan khubz  yang sangat sedap kalau orang sudan buat khubz memang lembut sangat, kalau nak diceritakan tentang sedap rasanya kena datang rasa sendiri ...walaupun kalau tengok tokmiah dan khubz tu biasa je...tapi itulah makanan asasi penduduk sudan setiap hari..kita sebagai rakyat malaysia bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan di negara kita, mungkin hari ini kita mengadu terlalu kenyang tapi ada insan yang sanggup ikat perut kerana kelaparan muhasabahlah.....

suasana petang di khartoum

p.cik tokmiah yg sangat baik hati..kedai dia m.jdi pilihan

khubz

tokmiah

makanan asasi penduduk sudan..rugi klu xrasa kelazatan khubz :P

Sunday, January 29, 2012

CINTA SELAYAKNYA BUAT KU


" Ya Allah engkau peliharalah diriku dan dirinya sehingga ia halal bagiku dan baginya "

Alhamdulillah...masih dikurniakan nafas dari Allah s.w.t untuk berubudiah kepadanya..terima kasih atas nikmatmu yang banyak buat diriku..pujian segalanya pada pencipta buat hambanya tidak pernah henti sehingga hari ini, cinta adalah kurnia Allah. Bahkan Allah menciptakan alam semesta ini kerana cintanya, belajar mencintai pemilik yang layak dicintainya..


Sebagai seorang anak remaja mungkin kita juga tidak terlepas mencintai apa yang kita inginkan mungkin kita ingin mencintai seseorang dalam hidup kita bukan?? tiada orang yang tiada perasaan " ingin mencintai " begitu lumrah manusia dilahirkan dan diciptakan bernafsu dan berperasaan, tetapi biarlah cinta itu disalurkan dengan betul dan halal..dan disukai oleh Allah s.w.t.


Banyak kemungkaran yang kita dapat lihat melalui media massa seperti drama-drama cinta yang melalaikan merosakan pemikiran remja dan ramai anak remaja tidak segan silu menceritakan tentang kisah si dia didalam laman pesawang seperti facebook, twitter, blogger dan sebagainya kata-kata manis indah yang mungkin kita lakarkan bukan yang halal bagi kita tiada maknanya simpanlah kata-kata indah itu kepada yang selayaknya kerana ia akan menjadi contoh untuk pembinaan masa depan, seandainya ia longgar sekarang, bagaimana ia akan kukuh di masa depan.

Apabila keinginan untuk membina baitul muslim sudah tiba masanya ..maka piliharalah diri dari maksiat yang merosakkan hati dan perasaan, kita mempunyai pilihan pasangan yang kita inginkan " lelaki jahat dan perempuan yang jahat " dan " lelaki baik dan perempuan yang baik " ...
jika lelaki baik ia tidak akan merosakan wanita yang ia sukai, apabila lelaki itu sudah berkenan risik lah dengan apa yang telah diajarkan oleh islam..jadi sebagai seorang perempuan apabila sudah dirisik perlu kita ketahui tentang dirinya bukanlah mengujinya sebab itulah Rasulullah s.a.w sendiri taaruf  tetapi yang dibenarkan oleh syarak selagi lelaki atau  wanita boleh mengunakan orang tengah seperti keluarga insyaallah mungkin lebih terjaga.

Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam hidup lebih baik jika kita berinteraksi dengan pencipta yang selayaknya beristikarahlah kepadanya terlebih dahulu, mohon keputusan yang terbaik bukan kerana hawa nafsu terpaksa dan sebagainya, jika dia adalah yang terbaik, jangan berhenti berdoa dan terus berdoa supaya Allah mempermudahkan jalan.insyaallah ia maha mendengar

Pertunangan merupakan sebahagian proses pembinaan baitul muslim dan mengikat diantara 2 keluarga. Ia adalah sunnah yang dituntut dalam Islam, dengan berlangsungnya pertunangan maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri lelaki dan wanita tersebut untuk mengenali antara 1 sama lain, dalam kadar yang dibenarkan oleh syarak dan pelu pelihara kerana fitrah lebih banyak menjadi fitnah.Ketika ikatan berdoalah supaya tiada ujian yang mengoyahkan pasangan tersebut terlalu banyak bisikan syitan seperti salah faham, tiada keserasian, saling mencari kelemahan pasangan tersebut dan sebagainya kerana syitan sangat benci kepada anak adam yang ingin mendirikan rumah tangga kerana maksiat akan berkurangan.

Berdoalah supaya Allah kuatkan ketika ikatan tersebut mungkin akan timbul perasaan hendak disayangi dan dicintai sentiasa inginkan kata-kata cinta dari pasangan, ingin membalas mesej indah-indah, ingin bertemu untuk sekadar suka-suka  dan sebagainya katakan " Tidak Allah sedang melihat saya " biarlah dia menjadi imam yang terbaik buat saya, pujuk hati, sabarlah Allah tidak akan sia-siakan bercintalah selepas berkahwin mungkin itu yang paling indah lafazkan kata cinta pada yang halal bagi kita.

Suami dan isteri adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul, jangan bazirkan cinta kepada manusia yang bukan halal bagi kita, yang tiada penghujungnya semoga Allah mempermudahkan semua perancangan yang kita hajatkan ...teruskan berdoa supaya Allah hindarkan dari fitnah tersebut dan mempermudahkan proses baitul muslim ini.

Dan apabila anda ingin mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah, apabila anda menemui cinta, tanya pada diri sendiri kenapa anda ingin mencintainya? Apakah kaitan dengan cinta dengan akhirat anda ?

Biarlah ungkapan CINTA itu pada yang selayaknya ia adalah anugerah terbesar buat kita.

wallahu'alam...


Sumber :
Seseorang yang pernah berkongsi tentang persediaan baitulmuslim dengan ana ..


Lafaz Sakinah

Wednesday, January 25, 2012

BILA BERSAHABAT KERANA ALLAH

Alhamdulillah.....bersyukur kepada Allah s.w.t  yang memberikan berbagai-bagai nikmat yang cukup banyak pada hambanya ....sehingga tidak dapat menghitung kurniaanNya, hari ni ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain tentang ukhuwah filah kerana Allah s.w.t ...Alhamdulillah ana peluang menyambung pelajaran di bumi sudan...yang dulunya selalu didengar keperitan hidup, kesusahan, kemiskinan dan sebagainya....apatah lagi sudan hanya 3 musim sahaja " musim panas " , " musim sejuk tanpa salji " dan " musim hujan "  bak kata orang bumi sudan ni x ada keistimewaan sangat seperti di negara Arab yang lain....misalnya kalau di mesir cantik kalau di sudan x ada tempat yang menarik langsung...................banyak anggapan bukan ..............tapi ana berani katakan sudan ni adalah bumi tarbiyah dan sudan juga makin maju....kalau nak d.kongsikan x akan habis nak d.ceritakan...TAPI memang benar setiap yang dikeluarkan dari mulut kita sendiri Allah pasti mengujinya contohnya " Ana dan Ahli bait yang lain tengah kesempitan duit biasalah bila cukup bulan duit agak kering tapi masing-masing diam je....x merugut pun alhamdulillah dengan tidak disangka-sangka ada je dermawan yang hulurkan kadang-kadang tak tahu sapa, ketua cakap HAMBA ALLAH ....mudah-mudahan Allah memberkatiNya...walaupun kami tidak mengenali tapi Allah mengenalinya...pengalaman yang tak boleh dilupakan setibanya di sudan ana tanya pada seorang ahli bait " Alhamdulillah akak tak pernah pun nampak acident ....selepas cakap beberapa minit je sepanjang jalan kereta banyak sangat acident  " Ya Allah ampunlah dosa hambamu inilah lemah dan tidak berdaya " .....balik muhasabah diri T_T ....................dan di sudan Ana belajar erti bersahabat dengan orang yang warna kulitnya tidak sama ada yang warna putih, hitam, dan sebagainya ....nikmat bila bersahabat kerana Allah ukuran paras warna kulit bukannya menjadi penghalang....yang Allah pandang hanyalah hati seseorang itu ketaqwaannya, ibadahnya hanyalah kerana Allah..INDAHNYA menjadi HAMBA ALLAH bukan???

mengabdikan diri kepadamu

tawakal (nigeria) dan khadijah (china)

Aisyah Basyirah (nigeria) dan Nor Basyirah (malaysia) :)

eveeva hawa (jermen) dan khadijah (nigeria)

sulaida, wan naimah dan rosnani
thailand

ziyada

ukhti khadijah ...Alhamdulillah ukhti ni baru je masuk islam
sangat kuat azam beliau 



shakira,Aishah dn Rokayah


tume gufu dan ilham

ukhti Aminah Hassan


Terima kasih Ya Allah engkau anugerahkan sahabat yang baik buatku..saling lengkap-melengkapi indahnya bersahabat kerana Allah

Saturday, January 21, 2012

BISKUT COKLAT CHIP ORANG BUJANG

Alhamdulillah hari ini mood belajar buat Coklat Chip dengan Adik khaleeda Azizan walaupun baru pertama kali tapi cubaan pertama Allah izin berjaya juga..terlalu banyak hikmah ana  dok di bumi tarbiyah Sudan banyak belajar macam-macam dari Ahli Bait Takwa Sakeenah...kata orang apabila berkongsi ilmu dengan orang lain maka Allah akan tambahkan pengetahuan buat orang yang mengajarnya...seperti Guru mengajar anak murid ganjaran berlipat kali ganda Allah akan berikan...Ana mula operasi membuat Biskut Chip dengan adik comel khaleeda mula lepas maghrib..............sehinggalah pukul 2.00 pagi ...Ya Allah sungguh menguji kesabaran  menanti natijah yang diharapkan Biskut Chip menjadi...bukannya satu yang mudah rupanya sambil menunggu teringat kata Emak kadang-kadang kita harapkan yang baik Tapi Allah menguji kita..Adakah kita mampu menerima dengan hati yang terbuka ATAU sebaliknya..dan kita juga sebagai manusia biasa seperti mentega, gula, biji telur, tepung dan bahan-bahan yang lain ....dan kadangkala kita inginkan menjadi lebih hebat seperti gula yang mahal kualitinya dan dijual dengan harga yang berlipat kali ganda disimpan dengan baik ....itulah asam garam kehidupan dunia.. para sahabat dahulu menagis apabila mereka tidak uji dan merasakan Allah tidak menyayangi mereka Tapi kita apabila diuji kita merasakan Allah sedang mengzalami kita dan akan mengatakan Allah itu tidak Adil...jadi kita perlu sentiasa memperbaiki diri supaya lebih kuat apabila diuji...Dan mengharapkan natijah yang baik perlulah berusaha menjadi hamba yang terbaik...Nampaknya tinggal Ana saja yang belum tido yang lain semuanya sudah tido huhuhuhu ........sampailah biskut t.akhir hangit sebab terlampau mengantuk...T_T

Mengantuk sangat2 sabar je ...sikit lagi nk siap dh (><)
sambil pujuk ati

Bahan - bahan yang digunakan

180 gm mentega 
90 gm gula castor 
100 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur 
200 gm tepung naik sendiri 
160 tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chip

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5.  Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chip sahaja... 
  7. :Selamat Mencuba =) 


inilah oven Tarbiyah yang banyak berjasa kpd Ahli Takwa Sakeenah hanya mampu m.ggunakan 1 bekas kecik utk membakar berjam-jam menanti, cabaran yg membina tq oven cute 
jasa anda amat d.hargai :)

Insyaallah klu ada rezeki kita beli yang lain ye =P 

mentega Sudan

setelah d.adunkan semua bahan2 Nya

biskut chip krim blm d.bakar

biskut chip coklat blm d.bakar

inilah hasilnya..biskut chip coklat

Biskut chip krim 

hampir lama menunggu sampai t.lelap mata akhirnya inilah hasilnya Hangit, alhmdlh ni biskut yg t.akhir ...p.gajaran pda semua buat apa2 pun kna fokus klu x nasib serupa jgk hihi
tapi sedap jgk makan hangit2 ni >_<

Akhirnya Allah p.mudahkan semuanya..hasilnya mmg puas hati tapi tetap jgk perlu d.perbaiki..

Jazakilah pada Adik comel " Khaleeda Azizan " ajar  "Akak Syirah " .....nanti ada resepi terbaru jgn lupa kongsi ilmu lagi ...
Pesanan : Jangan makan manis sangat ye....nanti rosak gigi b.sederhana manis apabila buat Coklat Chip k. =)