Monday, January 30, 2012

BERJALAN SAMBIL MENIKMATI, TOKMIAH - KHUBZ

Alhamdulillah....selepas akhir saja kelas di jami'ah Africa pada kol 5.30 ptg, biasanya ana dan jannah akan jalan untuk balik ke rumah dari jami'ah ke arkawit, memang suka sangat berjalan dari naik kenderaan beroda 3 reksya  :) ......sepanjang jalan ana suka melihat biah penduduk-penduduk sudan yang macam-macam karenah.

Dari situ ana belajar erti penderitaan dan kesusahan mereka. mereka juga manusia biasa seperti kita inginkan kebahagiaan, kesenangan, pendidikan dan sebagainya .....siapa pun tidak mahu melihat darah daging sendiri kelaparan meminta simpati dari orang lain...walaupun ada yang kaya raya, majoriti umat islam rata-rata miskin dan hampir merempat hidup menderita, tidak hairanlah jika anak-anak mudah terpengaruh dengan dakyah songsang dan keganasan bukan sahaja di sudan malah negara islam yang lain juga menghadapi masalah yang sama.

Masih ada dikalangan kita  yang menutup mata rapat tidak mahu melihat penderitaan mereka dan inilah yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak mereka ialah pemimpin negara dan orang kaya yang zalim tapi alhamdulillah masih ada sebahagian dermawan yang setia menghulurkan bantuan kepada fakir  miskin ...moga ganjarannya Allah saja yang mampu membalas..menjadi pemimpin bukanlah tanggungjawab yang mudah bukan saja untuk semua manusia dan semua makhluk di atas muka bumi bahkan tanggungjawab juga di hadapan Allah, namun mengapa jawatan pemimpin tetap menjadi rebutan?sepatutnya kita bersyukur dan berundur kalau ada orang yang lebih baik untuk di jadikan pemimpin, umpama kita di cabar terjun kedalam laut untuk menangkap jerung, tentu kita tak sanggup bukan? begitulah hakikat untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya lebih susah dari menangkap jerung di laut.

Contoh  pemimpin yang terbaik ana ingin kongsikan seorang khalifah Umar Abdul Aziz, dan ketika beliau di lantik sebagai khalifah beliau berpesan " kalau saya melakukan perbuatan yang bertentang dengan kebenaran, tinggalkan jangan ikut dan tetaplah dengan berpegang teguh dengan kebenaran itu saja "
apabila dilantik menjadi khalifah semua hartanya di wakafkan menjadi milik negara ...hebatnya seorang pemimpin bernama Umar Abdul Aziz...semoga ianya menjadi contoh pada semua pemimpin negara yang memegang amanah yang dipertanggungjawabkan diakhirat nanti.

Alhamdulillah ramai penduduk sudan majoritinya melakukan perkerjaan mulia dan dijadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai qudwah hasanah  iaitu mengembala dan berniaga, mereka juga menjual makanan, ana dan jannah tidak melepaskan peluang untuk membeli tokmiah dan khubz  yang sangat sedap kalau orang sudan buat khubz memang lembut sangat, kalau nak diceritakan tentang sedap rasanya kena datang rasa sendiri ...walaupun kalau tengok tokmiah dan khubz tu biasa je...tapi itulah makanan asasi penduduk sudan setiap hari..kita sebagai rakyat malaysia bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan di negara kita, mungkin hari ini kita mengadu terlalu kenyang tapi ada insan yang sanggup ikat perut kerana kelaparan muhasabahlah.....

suasana petang di khartoum

p.cik tokmiah yg sangat baik hati..kedai dia m.jdi pilihan

khubz

tokmiah

makanan asasi penduduk sudan..rugi klu xrasa kelazatan khubz :P

No comments:

Post a Comment