Friday, April 27, 2012

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH


Sakinah Wa Rahmah

Alhamdulillah..sekian lama berhenti menulis di blogger semenjak balik dari bumi wakafan tarbiyah sudan..terasa bahang merindui teramat sangat  kota khartoum walaupun panas bahang disana mengajar erti kesabaran bagi kami yang menuntut ilmu d.sana...Allahu Akbar! terdidik sungguh bila mengingati sirah perjuangan Rasulullah s.a.w pengorbanan baginda menyampaikan risalah dakwah yang tidak pernah henti-henti....

Sebelum balik Malaysia, Allah izin b.kesempatan call ayah tentang urusan pulang ke Malaysia ...kata-kata terakhir Ayah pihak Sekolah hajat ana sambung mengajar secepat mungkin..Alhamdulillah dengan doa yang tidak pernah putus-putus diberikan kekuatan dari Allah s.w.t , 3 hari d.Malaysia ana dapat berkhidmat semula untuk Sekolah mengajar seperti biasa...mengharap Allah permudahkan segalanya.

Tahun ni masih lagi diberi tanggungjawab yang agak berat memegang jawatan tarbiyah pelajar dan ketua displin ..........penuh dengan cabaran yang d.lalui sepanjang persekolahan macam-macam b.laku, banyak belajar dengan anak-anak kecik yang makin hari makin membesar... Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi insan yang baik atau tidak..sebagai seorang guru ana dapat melihat bagaimana yang berlaku d.sekolah ramai ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi lebih terbaik dari mereka tetapi ibu bapa tidak mempunyai ilmu agama yang kuat, mengharap guru memberikan sepenuhnya penekanan agama kepada anak mereka sahaja...Adakah ini cara yang terbaik? ibu bapa bagaimana pula?
ramai dikalangan ibu bapa yang tidak sedar apa yang akan berlaku jika tiada ilmu agama dalam sebuah keluarga, ramai yang mengejar kebendaan sehingga tiada masa d.rumah bersama anak-anak, mereka adalah saham akhirat diantara bekalan ibu bapa yang akan pulang kepada Allah s.w.t adalah doa anak yang soleh.

Hari ini, ramai ibu bapa telah mengasingkan fungsi sekolah dan rumah, Di mana, sekolah menjadikan tempat belajar dan rumah adalah tempat anak-anak bebas melakukan apa sahaja, Mereka boleh menonton tv pada bila-bila masa, boleh menonton apa sahaja rancangan yang mereka suka, boleh tidur pada bila-bila masa dan boleh bermain permainan komputer sepanjang hari.

Ana ingin berkongsi kisah seorang pelajar yang ibu bapa nya sibuk dengan perkerjaan sepanjang hari sehingga tiada masa di rumah bersama anak-anak..kebiasaannya pelajar tersebut datang ke sekolah pada awal pagi lebih kurang pukul 6.30 sangat awal berbanding dengan pelajar-pelajar lain..sekolah pun masih belum d.buka, pelajar tersebut mempunyai masalah displin di sekolah tiap-tiap hari kesnya d.catat dalam rekod kesalahan, turun naik bilik guru besar dan guru displin ...............setiap hari pelajar tersebut melakukan kesalahan yang sama TAPI kali ini agak berbeza dengan hari-hari yang lain..seorang guru telah membawa seorang pelajar perempuan pada ana dalam keadaan menagis dan ketakutan ..apabila di tenangkan beliau menceritakan pelajar masalah tadi telah memeluknya ketika pergi ke tandas..belum pernah kes ini berlaku d.sekolah..jadi ana mengambil k.sempatan berjumpa dengan pelajar masalah tersebut...

Dialog ringkas antara ana dan pelajar tersebut :
Guru : Betul apa yang telah d.ceritakan oleh pelajar perempuan tadi, kamu hanya jawab YA atau TIDAK
Pelajar : Ya cikgu !
Guru : Sambil mengucap panjang  (memohon sepenuhnya kekuatan dari Allah s.w.t ).
Guru : Kenapa kamu sanggup buat macam tu, kamu tahu tak perkara tersebut d.larang oleh Allah s.w.t
Pelajar : Tahu cikgu !
Guru : Di rumah selalunya kamu akan tidur pada pukul berapa ?
Pelajar : Pukul 1 cikgu, saya tidur lewat dengan abang saya.
Guru : Rumah kamu ada tv dan komputer ?
Pelajar : Ada, tv di ruang tamu, komputer di dalam bilik saya.
Guru : Selalu kamu tidur lambat dengan abang kamu apa yang kamu lakukan?
Pelajar : Saya tengok CD sahaja.
Guru : Kebiasaannya kamu tengok CD cerita apa ?
Pelajar : Cerita orang putih #$^&*()*&
Guru : Ya Allah kenapa kamu sanggup tengok cerita semua tu ?
Pelajar : Abang saya yang belikan.
Guru : Abang kamu umur berapa ? ibu bapa kamu tahu tak abang kamu belikan?
Pelajar : Abang saya baru darjah 6, ayah dan emak tak tahu abang beli.
Guru : Selalu ibu bapa kamu balik rumah pukul berapa ?
Pelajar : Tak tahu cikgu, ibu bapa saya balik lewat.

Sepanjang berdialog dengan pelajar tersebut, hati terasa sedih mengenangkan nasib pelajar tersebut, ingin mencuba perkara yang baru, mungkin pelajar tersebut kurang kasih sayang d.rumah inginkan perhatian guru melepaskan segalanya d.sekolah..ibu bapa sibuk dengan perkerjaan mengejar harta benda dunia mengabaikan tanggungjawab zuriat yang d.amanahkan oleh Allah s.w.t ...sebenarnya sebelum mendirikan rumahtangga perlu ada persediaan yang rapi dalam menjadikan rumahtangga sebagai sakinah wa rahmah yang terbina atas landasan iman dan takwa.bukanlah hanya hawa nafsu semata-mata.inilah tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat dari segala suasana yang akan merosakan pemikiran mereka

Paling penting juga guru perlu memainkan peranan take care setiap pelajar bina jambatan hati perlu bagi perhatian yang sepenuhnya pada pelajar yang menghadapi masalah sebenarnya mereka mengharapkan guru menjadi pendengar setia dan guru menjadi qudwah hasanah terbaik buat mereka..untung jika kita boleh menyelami hati mereka.

Moga Allah memberikan kekuatan pada ibu bapa yang mengharapkan zuriatnya menjadi soleh dan solehah dalam mendidik dan mentarbiyah agar menjadi saham d.akhirat kelak.Dan menjadikan rumah sebagai bayangan syurga..mudah-mudahan terus istiqamah dalam mendidik anak-anak mengikut kehendak Allah s.w.t.

P/S : Insyaallah jika ada yang berhajat berkongsi @ memberikan komen boleh sama-sama kita menukar pendapat dan pandangan dalam mengatasi masalah yang berlaku ibu bapa yang sibuk tiada masa d.rumah bersama anak-anak..

No comments:

Post a Comment