Monday, July 4, 2011

Tips Bila Hampir Peperiksaan
Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih.
Untuk berjaya & gembira
Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama,menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.Bagaimana?Di bawah ada Sembilan tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu…

• Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.

• Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.

• Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.

• Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik.

• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.

• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

• Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.
Tips Hilang Rasa Gementar Dalam Exam
DI antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :

1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.

2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.

3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.

4. Banyakkan berdoa.

Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan.

Petua Menghafal Ayat-Ayat al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly and openly, hope for commerce that will never fail". 

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:Rasullullah SAW telah bersabda, "The one who was devoted to the Qur'an will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud and At-Tirmidhi]. 
Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya. 

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it." [Al-Bukhari]. 

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran. 

a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. 

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya. 

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain. 

d) Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) 

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya) 

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya. 

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu. 

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu . 

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik. 

Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang diredhainya..Ameen..
 

Friday, June 10, 2011

PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH HENTI-HENTI..USTAZ DAHLAN..

 Subhanallah ...Maha suci Allah yang mentadbir seluruh kehidupan kita. dari saat kita terjaga..berurusan sehinggalah akhirnya kita kembali terlantar tidur..Dari awal kehidupan sehingga pula kita sampai ke penghujung hidup kita.. Maha Suci Allah swt...yang menguruskan setiap inci usia kita....Alhamdulillah ana berkesempatan melawat ustaz ketika berada di hospital ..tak dapat menahan air mata ..ana dapat merasakan  seruan ustaz untuk pemuda pemudi sudah tiba masaNya Perjuangan Ustaz Dahlan tak pernah henti-henti..memori bersama ustaz ketika di khassah tak pernah dilupakan ..catatan masih di simpan sebagai rujukan..Ana ingat satu kisah berlaku didalam kelas ketika sedang kawan2 seperjuangan  memberikan sepenuhnya tumpuan dalam pelajaran tiba-tiba ustaz mendiamkan diri buat seketika kami tak dapat menahan kesedihan apabila melihat ustaz sedang menahan kesakitan..Makin hari ustaz makin kurus, mulut pecah, dan sebagainya TAPI masih mampu mencurahkan  ilmu kepada kami..masih mampu berkongsi dengan anak didiknya...Tiap-tiap kali sebelum bermulanya kelas ana dan sahibah2 dapat menyediakan air untuk ustaz..indahNya ketika ini dapat berkhidmat untuk ustaz... terlalu banyak peribadi ustaz  perlu kita cOntohi. .. Dalam hal-hal tarbiah, Al-fadhil ustaz merupakan seorang yang sungguh berlemah lembut dan sabar. Antara kehebatannya, beliau sangat berhikmah. Pernah dulu dalam suatu peristiwa besar yang berlaku, Allah uji kesetiaan anggota-anggotanya, Al-fadhil ustaz tidak sedikit pun merasa takut, cemas atau terancam akan berkurangnya anggota jamaah, bahkan beliau berpandangan...sesiapa yang ingin keluar dan pergi dari jamaah ini, dia tidak akan menghalang, tetapi sesiapa yang ingin terus setia bersamanya, kita akan teruskan dakwah ini bersama-sama....Maka sebahagian kecilnya keluar kerana sedikit ujian itu melunturkan keyakinan mereka, terhadap kepimpinan ustaz, namun..masih ramai yang kekal setia disisinya..subhanallah....dari usaha-usaha mereka akhirnya hari ini melahirkan ratusan aktivis dakwah..bahkan ribuan anak-anak generasi baru yang sedang menanti sentuhan proses dakwah dan tarbiah itu....samada didalam atau luar negara. kata-kata Al-Fadhil Ustaz dalam satu penyampaiannya.." Hari ini, bila melihatkan sahabat-sahabat yang datang dari jauh untuk sama-sama kita berkumpul, menampakkan kesetiaan..ada yang ana kira tidak kurang daripada 30 tahun, 20 tahun...tetapi masih beriltizam dengan dakwah dan tarbiah. Ada yang mula dengan rambut hitam, janggut hitam, sekarang dah jadi putih. Jadi alhamdulillah..satu kesetiaan dan kita pohon pada Allah swt supaya teruskan kita setia dengan islam dan setia dengan organisasi untuk membawa kita beribadah semata-mata pada Allah swt dalam semua kegiatan hidup kita..moga2 kita terus beriltizam dengan kerja-kerja islam.."Kamu Adalah sebaik-baik ummah yang bawakan kepada manusia, kamu menyuruh kebaikan, kamu melarang kerosakan dan kamu beriman kepada Allah SWT ,  - Ali Imran 110 
sahabat-sahibah yang lain seluruh malaysia telah berduyun-duyun membasahi bumi mata ayer perlis...untuk menziarahi jenazah ustaz buat kali terakhir....
~ PERJALANAN SEORANG PENDAKWAH ~ 











 
 




SEMOGA KAMI DAPAT MENERUSKAN JIHAD DAKWAH TARBIYAH...USTAZ PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH HENTI-HENTI SEHINGGA DIBAWA PULANG BERTEMU RABBMU.... Perjuangan kita adalah perjuangan yang dimulai oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan akan terus disambung sampai hari qiamat oleh mu’min yang terakhir di bumi ini. Oleh kerana itu kita hendaklah kenal bahawa perjuangan kita (perjuangan Islam) walaupun bilangan kita kecil tetapi sebenarnya kita adalah merupakan satu kelompok yang besar yang dihantar Allah Subhanhu Wa Ta’ala ke dunia ini. Kita adalah penyambung mata rantai perjuangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini. Oleh itu, yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan makhluk di bumi ini yang boleh 
menghalang dan menyekat perkembangan dan penerusan perjuangan Islam..



Hajatlah saham yang menguntungkan kita untuk bekalan ke akhirat kelak..

   PERJUANGAN SEORANG DA'IE..                 Kata - kata ustaz Dahlan Zain ketika ana  masih mengutip mutiara-mutiara tarbiyah di matri , kalau antuna merasa jalan dakwah ini begitu sulit, maka jangan minta dimudahkan, tapi mintalah untuk dikuatkan, karena sudah sunnatuallah bahwa berjuang di jalan Allah itu begitu susah untuk mendaki.



kalau antuna merasa kecewa, sakit atau lelah maka rasakanlah itu benar-benar, karena bila tidak merasa sakit atau tidak merasa sulit maka dapat dipastikan bahwa antuna berada pada jalan yang salah

sudah pernahkah antuna terluka? pernahkah mengorbankan setitis darah? kalau belum, kenapa sudah bangga dengan predikat aktivis dakwah. padahal kita belum melakukan apa-apa. mengaku jihad, mengaku ingin mati syahid tapi kecewa atau sakit hati sedikit saja sudah mengeluh

mengaku aktivis dakwah tapi maksiat jalan terus. mengaku rajin syuro, untuk menyusun strategi dakwah, tapi ternyata niatsemata-mata untuk bertemu dengan akhwat atau ikhwan idaman

mengaku da’i tapi tidak menyeru. da’i itu menyeru, amar ma’ruf dan nahi munkar

kalu antuna merasa jalan dakwah ini panjang, sulit dan sakit maka bersabarlah. teruslah berjalan meski
tertatih.

kalau antuna jalan pulang dan antum rindu untuk pulang maka tahanlah rindu itu, rindu untuk memeluk ibu atau ingin melihat senyum ayah, rindu melihat wajah adik dan kakak yang ceria. sesungguhnya tempat berkumpul dan kampung halaman paling indah adalah surga (amin…)

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

-insyaallah sama-sama kita kuatkan walaupun diri masih ada kekurangan..

bukan mudah bagai di kata.jihad melawan keinginan sendiri adlh perkara yg pling sukar utk kita lakukan.tp dgn adanya zuhud,tawakal,redha,dll dlm elemen tasawwuf akan membuatkan kita kuat utk melawan nafsu yg smmgnya degil dan susah ditundukkan.semoga ramadhan blh mentarbiyyah kita melawan nafsu dengan cara mengecilkan rongga2 nafsu.ramadhan kareem.
(Surah Al-An’am: Ayat 153)






* Peringatan ustaz masih terkesan dalam hati..“Semoga Allah redha dengan Ustaz Dahlan.
Mari kita,  mengaplikasikan didikannya.
Mari kita, bergerak meneruskan perjuangannya...
“No words able to describe what AlQaid has had done to all of us. He takes and cleans our 'HEART', he opens our blurred 'EYES', he shows us a straight 'PATH' , he pours us with great 'LOVES' and with those and many other things in Tarbiyyah. He pass us a baton of 'AMANAH QUBRA' for us to pass to next generation! So, are we going to dissapoint him? Shame for those, infront of ALLAH SWT.

PENTINGNYA MENGENAL ALLAH SWT..

  Berjalan menuju Redha Ilahi...=)

sEorang muslim tentu tahu betapa pentingnya mengenal Allah swt dengan sebenar-benarnya kerana hanya, Dia sahaja yang berhak disembah, diagungkan dan tempat memohon pertolongan Dengan beriman dan mengenal Allah swt seseorang menjadi orang yang beruntung di Dunia dan Akhirat.

1. MENGETAHUI TUJUAN HIDUP.
Orang yang mengenal Allah swt ( ma'arifatullah ) pasti akan tahu tujuan mengapa ia diciptakan dan untuk apa ia berada di atas dunia ini. Oleh sebab itu ia tidak akan tertipu oleh kemilau dunia dan tidak akan terpedaya oleh harta benda. Sebaliknya orang yang tidak mengenal Allah swt akan dilalikan oleh keindahan dunia seperti diterangkan dalam firman Allah swt :
"Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamurasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini, Mereka berkata " kami menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang kafir "   ( Al-An'aam 130 )

2. MERASAKAN KELUASAN HIDUP...
Seorang yang mengenal Allah swt akan merasa kehidupan yang lapang, seandainya ia seorang miskin maka ia akan sabar sebab ia tahu bahawa di sebalik kehidupan fana ( sementara ) ini ada kehidupan baqa ( abadi ) dan tempat kenikmatan. Seandainya ia seorang kaya maka ia bersyukur kerana menyedari bahawa harta yang ada padanya sekarang ini adalah kepunyaan Allah swt diamanahkan padanya. Rasulullah bersabda : " Sungguh sangat menakjubkan urusan mukmin itu, seluruh urusannya baik dan hal yang demikian itu tidak terdapat pada seorang pun kecuali pada diri orang mukmin. Bila diberi nikmat ia bersyukur, yang demikian itu baik baginya, dan bila ditimpa musibah ia bersabar, hal yang demikian juga baik baginya. ( HR MUSLIM )

3. BERJALAN MENUJU REDHA..
Seorang yang mengenal Allah swt akan selalu mengharap Redha-Nya dalam setiap perbuatan yang dilakukan hidup-Nya. Ia hanya akan melaksanakan sesuatu jika betul-betul pasti hal itu diRedhai oleh Allah swt. Sebaliknya orang ynag tidak mengenal Allah swt akan melakukan urusan hidupnya berdasarkan pada kehidupnya berdasarkan pada hawa nafsunya. Jadilah hawa nafsunya itu tuhan selain Allah swt yang memerintah dan melarangnya. Allah swt telah berfirman : ' Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai illahnya                ( Tuhannya ) Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya ? "  ( Al-Furqaan :43 )


* Sibukkan diri menCari kedamaian hati supaya sentiasa berada dalam perasaan tenang ketika bersama ALLAH

Thursday, June 9, 2011

kOleksi Amalan SOLEH..jom jdi sOleh sOlehah..

1. Mulakan setiap perbuatan kita dengan Bismillah.
2. Doa adalah satu ibadah
3. Menuntut ilmu adalah wajib.
4. Membaca Al-Quran amalan mulia.
5. Bersyukur kepada Allah swt.

1. Mulakan Setiap Perbuatan kita Dengan Bismillah.
Rasulullah saw mengajar kita supaya memulakan setiap perbuatan dengan bismillah.
Kita hendaklah sentiasa membaca bismillah untuk setiap perbuatan yang kita lakukan, contohnya seperti sebelum makan, keluar rumah, pergi bermain membaca buku, dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda : Setiap perbuatan yang tidak dimulakan dengan "bismillah" maka terputus berkatnya           ( Riwayat Abu Daud )

2. Doa adalah satu ibadah.
Rasulullah saw mengajar kita supaya selalu berdoa, setiap perbuatan yang hendak lakukan kita perlu memulakan dengan berdoa, kita akan mendapat keberkatan dan dipermudahakan oleh Allah swt.
Rasulullah saw : "bArangsiapa yang tidak mahu berdoa kepada Allah nescaya Allah akan murka kepada
 ( Riwayat Tirmidzhi )

3. Menuntut Ilmu Adalah Wajib.
Rasulullah saw menyuruh kita menuntut ilmu, Ilmu pengetahuan dapat menolong kita, Ilmu pengetahuan yang paling utama adalah mengenal Agama kita, iaitu islam, apabila kita berilmu maka kita akan menjadi orang yang berguna.
Muawiyah ( r.a ) telah bersabda :
" Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah membuat ia pandai dalam hal keagamaan "

4. Membaca Al-Quran Amalan Mulia.
Rasulullah saw mengajar kita supaya membaca Al-Quran, Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama, Al-Quran adalah panduan di dalam hidup kita, kita akan mendapat petunjuk daripada Allah apabila kita membaca Al-Quran.
" Orang yang mahir Al-Quran, kelak ia akan mendapat balasan syurga bersama-sama dengan Rasul-rasul yang mulia dan orang yang membaca Al-Quran, Tetapi yang tidak mahir membacanya, merangkak-rangkak dan belum lancar pembacaannya akan mendapat dua pahala "    ( Riwayat Bukhari, Muslim )

5. Bersyukur kepada Allah swt.
Allah swt telah memberikan berbagai nikmat Kepada Allah swt memberi kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap dan bermacam-macam lagi kurniaan yang tidak terkira banyaknya.
Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan hendaklah ia mengingati-Nya, siapa yang mengingati -nya dianggap bersyukur.  ( Riwayat At-Tabrani )



SElaMat BeRamal Sama- sama kita Cari Redha Allah ...Tambah Pahala =)

DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA ..


Diantara mukjizat  Rasulullah saw iaitu mengetahui gambaran keadaan manusia di akhir zaman. Rasulullah saw memberi syarat bahawa kelak akan ada dua golongan yang sangat rugi hidupnya, sebab mereka itu tidak dapat dapat masuk syurga, bahkan baunya saja tidak , tidak lain mereka adalah pemimpin yang zalim berbuat sewenang -wenang terhadap manusia dan wanita-wanita tapi telanjang.

~ GOLONGAN PERTAMA, PEMIMPIN YANG ZALIM BERBUAT SEWENANG-WENANG TERHADAP MANUSIA ~
Isyarat Rasulullah saw akan ada pemimpin yang zalim berbuat sewenang -wenang terhadap manusia, kekejaman pemimpin itu di gambarkan dengan orang yang mempunyai cambuk untuk memukul,menyiksa pada hamba-hambayang lemah sampai mengalirkan darah.Mestinya pemimpin itu tidak kejam terhadap yang dipimpin ingat asal mula sebelum menjadi pemimpin dan ingat akan tanggungjawab.
Nabi Muhammad saw bersabda : " Manusia yang paling berat siksanya pada hari kiamat adalah pemimpin yang zalim "
Sebagai seorang pemimpin hendaklah berbuat adil dan meletakkan hukum atau peraturan yang sesuai, menciptakan suasana damai, aman , tenteram dan saling adanya pengertian antara pemimpin  dan rakyat adalah suatu kewajipan bagi seorang pemimpin.
Rasulullah bersabda : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu mencintainya dan mereka mencintai kamu, dan kamu mendoakan pada mereka dan mereka mendoakan pada kamu semua. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah mereka yang kamu membencinya dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat pada kamu "


~ GOLONGAN KEDUA, WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN  TAPI TELANJANG ~
Isyarat Rasulullah saw menunjukkan bahawa akan ramai wanita berpakaian tapi dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya telanjang. Tidak ada lain sebab mereka itu cara berpakaiannya tidak menutup aurat, tidak sesuai dengan tuntutan islam, hanya menuruti tuntutan zaman . Memakai pakaian tapi lengannya terbuka, atau pehanya terbuka, atau kepalanya tidak tertutup.
Seharusnya wanita itu tidak boleh menampakkan perhiasan kecantikannya kepada orang lain, kecuali :
= kepada suami
= kepada ayah suami
= kepada putra-putra saudaranya
= kepada saudara-saudaranya
= kepada ayah
= kepada putera-puteranya
= kepada suami puteranya
= kepada putera-putera saudara lelaki


* Semoga tiap-tiap peringatan Rasulullah tentang Akhir Zaman moga dijauhkan oleh kita dari azab api neraka, Rasulullah memberi syarat bahawa kelak dua golongan yang sangat rugi hidupnya...dan menghindari secara tepat bagi umat islam adalah kembali kepada IMAN dan TAKWA..insyaallah

RAYUAN CINTA BUAT ISTERIKU...



Isteri Solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh.
Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.
" Puas sudah ku menjaga diri dan mengislahkan jiwa setakat termampu dengan harapan insan biasa di akhir zaman persiskun ini di anugerahkan wanita " Qurratul Ain " penyejuk mata dan hati sebagai peneman setia dalam kembara hidup mencari setitis cinta ilahi "
Perkongsian yang berguna buat bakal isteri dan isteri Qurratul Ain..Keindahan rumahtangga akan beseri jika di mula dengan baik " simpanlah wahai wanita yang belum bergelar isteri sehingga ia menjadi halal bagimu..moga generasi kita akan terbina atas dasar iman dan takwa..janganlah di longgarkanNya
Moga ada manfaat yang tersendiri buat  kita semua mohonlah kepada Allah swt diberi kekuatan untuk menghayati dan mengamalkan ..
Tajuk : Rayuan Cinta Buat Isteriku
Pengarang : Ibn Abdul Azib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-83-7
Mukasurat : 80 Halaman